Khamis, 10 Disember 2015

28 Safar 1437H - Female Magazine December 2015

Hajat dihati nak cari kalendar. Aku memang suka beli kalendar meja. Tiap2 tahun nak ada. Tahun ni dah tak kerja memang tak dapat kalendar free dahla macam dulu2 ada je supplier bagi kat aku senyap2. Hahaha. Ada tu bagi planner tak pernah lupa. Almost every year la.

So aku pergilah MyNews.com kan banyak majalah. Aku selalu sasarkan majalah berbahasa Inggeris sebab selalu barang percuma dia lebih gempak.

So aku pegang Female. Berat semacam je...aku pun nampak note book kat tengah2. Eh alu grab la. December 10 baru nak beli. Lantakla..agaknya belum keluar kalendar pada pendapat akulah sebab puas juga cari takde.

Dah dapat tempat duduk terus aku bukalah plastik....

Apa aku dapat?


Ada notebook...!! Suka sangat kan..takde kalendar pun takpa

Balik rumah barulah aku membelek semua.



Diary yang best tak tipikal



Setiap bulan lain2 color frame 


Tak taulah apa baunya tak try lagi

Sephora beauty products with discount coupons 

Hada labo

katalog krismas Ikea 

Dulu setiap bulan beli majalah. Tak putus. Sebab aku suka membaca. Buku beli juga tapi tak sekerap majalah lah. Bila pindah randah memang aku buang je kecuali yang perlu. Berat kot majalah.

4 ulasan:

  1. Bertahun dulu kakcik adalah pengumpul majalah. Hampir semua majalah berkaitan wanita berbahasa Melayu kakcik beli. Lepas tu bila kakcik rasa kakcik hanya 'membeli iklan', kakcik berhenti beli majalah. Suratkhabar pun dah bertahun-tahun tak beli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah..ada tu artikelnya berulang macam takde idea. Dah la ambil dari majalah antarabangsa. Terus stop. Suratkhabar lagilah dah tak ingat tahun berapa beli

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.