Jumaat, 25 Disember 2015

13 Rabiulawal 1437H - Berjalan-Jalan Selama Hampir 12 Jam

Hari ni banyak cerita. Plan banyak. Apa yang berlaku pun banyak. Sebab blog ni dah macam diari jadi senang nak ringkaskan sahaja.


  1. Tengok Mono.KL ada sale YES2015. Aku pun tergedik2 nak pergi. Suami pergi solat Jumaat, aku try beberapa helai pakaian kat sana. Sehelai shawl separuh segera jatuh sampai RM15. Aku beli 2. Sehelai skirt kembang RM20 dan 2 helai baju dalam RM100. 
  2. Aku solat zuhur kat Shell. Nak masuk tandas tunggu lama sangat last2 aku fed up aku blah.
  3. Ke KLCC sebab adik ipar nak pergi Mark's and Spencer beli season food yang hanya dijual di sana sahaja. Tiada di cawangan lain. Orang sangat ramai. Nak makan kat Koryo-Won pun dah ditutup sekejap. Akan dibuka semula jam 5.30 petang. Pergi beli seluar anak kat Poney. Gila murah siap buat kad ahli free. Suami ajak makan Nutty Coco. Aku layan mint. Tukar diaper kat Isetan dan solat asar. Sebelum solat pergi toilet tingkat 4 takde bidet. Ada air pancut dari belakang je. Pergi tandas concourse orang queue panjang. Makan kat Koryo-Won. Masuk tandas Isetan bawak kad member ya. Bersih gila. Puas hati. Solat Isyak. Nak balik dah, anak berak pulak. Pergi baby room KLCC je.
  4. Pergi lawat rumah kawan adik ipar yang bersalin last 6 Disember. Borak2..minum air teh bunga dan makan sunkist. Balik. Semua penat macam nak pengsan kaki berjalan jauh sangat.


Melalui maklumat dari staf wanita bertudung yang melayan kami, ada beberapa makanan yang dimarinate dengan alkohol. 



Ini dah nak habis baru ambil. Sup daging part ribs.



Ini siput kat rumah kawan adik ipar tu. Nasib anak tidur.  Kalau tak mesti dah dibuat main. Dulu rumah mak aku pun ada buat hiasan siput ni. Tak tahu mana pergi dah.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.