Sempena dengan Maulidur Rasul, anak perempuan bos suami mengambil keputusan untuk bernikah pada hari ini. Kami tak ke majlis nikah. Kami ke majlis makan di Restoran Al-Rawsha cawangan Shah Alam.
Sampai jam 12 macam tu. Masuk2 je dapat parking dalam sebelum tali merah diangkat. Kami ke tingkat atas dan hadirin dah penuh tengah beratur ambil makanan. Jadi kedengaran la suara2 mengatakan peletakan meja hidang itu salah. Mengundang jammed betul2 depan tangga.
Kami terus ke meja paling hadapan. Masing2 beratur 10 minit baru dapat ambil makanan. Macam2 lauk. Ada kambing, ayam dan daging. Aku kalau pergi kenduri memang jarang ambil ayam.
Makanan lazat2. Minuman dan kuih-muih pun okay. Ada cendol. Huish itu aku rasa ambil dari luar bukan bawah restoran. Tempat cendol pun ceruk nun..
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.