Jumaat, 11 Disember 2015

29 Safar 1437H - Veggie Patty @ Begedil Sayuran

Entry khas untuk adik ipar. Aku pun tak ingat pernah buat entry tak. Lantaklah. 2 kali pun kali ni pakai oat. Dulu lain sikit.

Entry bergambar. Senang cerita.

Rebus 4 biji kentang. 1 setengah lobak dan brokoli. Toskan lepas dah lembut.

Lenyek

Masukkan setengah bawang merah. Setengah bawang kuning dan telur kuning dari sebiji telur

Masukkan oat bran dan garam secukupnya. Rasa dah boleh bulat2 dan tak melekat.

Sedia untuk digoreng. Boleh simpan dalam freezer mana yang lebih. Sebelum goreng celup la dalam telur putih supaya patty tak berterabur dalam kuali.

Goreng tohor

Boleh makan macam tu je atau cicah sos atau mayonis

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.