Sabtu, 5 Disember 2015

23 Safar 1437H - Majlis Kenduri Kahwin Anak Buah Kita Pulak

Last week pergi kenduri anak buah kawan kali ni anak buah aku pulak. Siti Yuhana Musa dan Ahmad Bin Zakaria. Ringkas kan nama.

Haiiii....

Kami laki bini memang tidur rumah sendiri la. So kami bersiap2 jam 9 pagi baru gerak. Sampai Masjid UKM sebelum jam 10. Sempat beli minuman dan makanan sebagai alas perut. Lapar weii.

Tunggu la pengantin lelaki tak muncul2. Tok kadi pun muncul sebelum jam 10 pagi. Akhirnya sampai gak jam 10.15 camtu. Jalan jammed sebab ada pembaikian jalan tar depan UKM.












Majlis pernikahan pun berjalan lancar. Sekejap je. Dinikahkan sendiri oleh abahnya, sekali lafaz dah sah. Aku pulak yang sebak titiber lepas mereka dah sah dinikahkan. Yelah zaman dulu2 kami selalu keluar lepak..haha..

Pastu kami pun bergambarla..

Jam 11 lebih kami dah pergi makan. Ringkas je majlisnya. Makanan sedap. Nasi beriani sedap. Daging rendang nogori sedap. Kuih bakar sedap. Teh sedap. Adoii semua sedapla....bukan nak mengampu...

Kami bergilir makan. Ada budak cam Aqlan yang kerjanya nak berjalan je kan.

Dah puas makan..balik rumah kak Pa nak tidur. Mengantuk sangat. Tapi sebab penat lagi nak tidur pun tenang. Hahaha.

Tahniah pada Kak Pa dan Abang Musa. Kahwin dah anak pertama mereka. Tahun depan dapat cucu ke tidak?  Biasalah soalan direct dari makcik yang dah kawin ni. Hahaha. Tak dapat anak pun takpa lagi. Nikmati hidup berdua puas2.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.