Sabtu, 5 Disember 2015

Perjumpaan Adik-Beradik - Kami Cukup Korum!

Cuma tak cukup dari ipar dan anak2 buah la. Masing2 ada hal yang tak dapat dielakkan.

Tapi yang penting adik beradik aku cukup. 11 orang. Dengan mak. Eh mestilah kan nak letak mak kat tengah2 gambar.

Rumah kak pa ni memang sentiasa jadi port pertemuan adik beradik. Memang riuh.

Sejak duduk di Bangsar, kami selalu jadikan rumah kak pa port untuk transit ke mana mana. Ada PUTRA-LRT Bangsar.

Kemudian kak pa pindah Bukit Mertajam kurang sikit nak datang tapi aku tetap beraya kat sana dengan mak tahun 2008 ke 2009. Masa dah ada kereta dah tak kuasa naik pengangkutan awam. Walaupun rumah kak pa dekat dengan stesen keretapi Bukit Mertajam.

Dah duduk Kajang lagilah...anak2 buah ambik kesempatan sungguh. Sebab ada komuter UKM.

Dia dah duduk rumah kekal..maka kekal la kami dengan perangai singgah2 rumah dia. Dan aku pun dah duduk Bandar Kinrara dekat juga nak ke rumah dia.

So sempena majlis perkahwinan Yuhana ni, aku datang tolong sejak Jumaat. Masuk makanan dalam goodies bag. Senang je. Pastu goreng ayam berempah.

Konon perjumpaan nak buat malam Sabtu tapi ramai yang takde. Sebab takkan semua nak lepak tidur rumah kak pa. Ada beberapa keluarga yang datang tidur di homestay. Siap ambil 2 hari masing2. Aku taklah. Balik jelah Puchong.

Jadi malam Ahad kami buat reunion la.. tukang pastikan semuanya ada ialah Kak ted. Berialah dia call orang tu orang ni. Sampai muka kelat2. Yelah lepas kenduri semua cabut pergi jalan2 or tidur kat homestay. Aku je tak balik. Dudukla kat rumah kak pa sampai ke sudah.

Lepas Isyak semua dah ada. So diorang makan bergilirla. Banyak lauk lebih kenduri siang tadi.

Kemudian sesi bergambar. Banyak sangat photog nye. Husband dan anak buah kita Jabir pakai kamera godang. Yang pakai smartphone dan Ipad pun ada. Adoyai riuh rendah...

Sini yang paling gems gems macam Yome. Haha.

Nampaknya akulah paling gems gems

Ikut tahun lahir dari kanan ke kiri
1960. 1961. 1963. 1964. 1966. 1967. 1968. 1970. 1973. 1977. 1982.

Nak potong kek. Tapi aku tak rasa pun. Biarlah anak2 buah makan dengan cucu2 makan.

Dari kanan
Abang Choy, Kak Dewi, Abang Shuib, Abang Lut, Kak Cupa, Abang Bad, Kak Cuma, Abang Mamat, Kak Ted, ye saya, dan Yome

Nama adik beradik kami jarang di dengar kat dunia. Korang tahu nama panggilan sudah. Ada nama tu tak menggambarkan nama sebenar dia. Nama lekat sejak kecil panggil.

Dalam keluarga aku dipanggil Neng. Ya itu memang nama aku..hahaha..dah masuk alam sekolah macam2 nama aku create suruh orang panggil sebab nama aku selalu ditokok tambah oleh cikgu. Aku benci okay. So korang kalau cikgu jangan panggil nama murid ikut suka korang sebab aku terasa sampai sekarang.

7 ulasan:

  1. 11 org?? wahh ramai giler adik beradik., meriahnyerr uoolss., ;p

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah suka aku tengok meriah adik beradik ko....keluarga besar ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keluarga besar sangat ni nak buat perjumpaan semua sekali boleh pening.

      Padam
  4. 11 orang? wooo!!! meriahnya.. memang seronok kalau berkumpul kan.. makan2 sembang2..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.