Rabu, 23 Disember 2015

11 Rabiulawal 1437H - Kakak, Mahu Potong?

Pagi ni bangun bersemangat. Dah hilang sakit kepala. Minum kopi King Chek Hup sambil tengok HGTV. House Hunters la. Kejap2 tukar fyi, tengok rancangan ala2 renew or relocate. Akhir2 ni rancangan nilah yang banyak dilihat. Bahaya.

Sudahnya kalau melayan je baik buat kerja lain yang dah lama plan.

Tali ampaian lama aku dah tanggalkan. Banyak dah start melondeh. Aiii tak sabar nak berkebun menengok laman macam ni......

Semasa tengah mengikat tali2 ampaian ni, tiba2 datang seorang Bangla tanya "Kakak, Mahu potong?". Aku hanya menggeleng kepala. Aku dah berapa kali alami situasi ni. Tapi aku tak pernah katakan ya. Pertama aku keseorangan masa tu. Suami tiada bersama aku. Kali ni aku tak mahu sebab aku dah plan nak cabut rumput tu dan nak berkebun sikit. Hahaha. Jangan hangat2 tahi ayam sudah. Ya aku perlu berkebun supaya jadi tabiat yang baik untuk anak aku lihat. Dia tu mesti suka sangat kalau dapat duduk luar.

Sesudah siap diikat kemas, masuk rumah dan tengok TV semula. Dah berpeluh2 tengok anakla pulak.

Ok siap mandi semua barulah lega.

Terima berita kematian lagi. Kali ni jiran depan rumah kami. Pakcik Raja Ismail. Aku selalu pergi main dengan anak arwah masa kecil2 dulu. Last jumpa arwah masa raya tahun lepas kalau tak silap. Tahun ni tak balik raya Koyan.

Arwah ni kuat berkebun juga. Dulu pagar rumahnya daripada pokok2 pagar je. Sekarang pakai pagar besi. Banyak kecurian.

Mak kat Koyan sempat jumpa arwah semalam. Kata Mak semalam arwah datang berbual dan membayangkan akan "pergi". Arwah takde sakit apa2. Sangat sihat orangnya.

Mak kehilangan anak buah kesayangan minggu lepas. Minggu ni jiran depan rumah pula.

Apalah perasaan Mak aku sekarang. Kalau aku pun boleh sentap dengar kematian agen insuran aku, apa lagi situasi yang dihadapi Mak. Semoga  Mak tabah. Dan roh arwah bersemadi dalam redha Allah. Amin.

Semalam aku baru tengok IG Kakcik pasal kehilangan besan beliau. Alfatihah.

2 ulasan:

  1. Innalillah... kematian bila2 saja kan..

    BalasPadam
  2. Ye..cuma adakah kita bersedia dan ambil iktibar dari setiap berita kematian yang kita dengar.

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.