In Fashion Online Shopping

Pergi Ampang Kita Wrap Mana Dan

Hahaha..aku masih tak boleh move on dari menyinggah Ampang. Jadi hari ni kami ke Ampang dengan macam2 plan dalam kepala.

Mula2 beli gulai kawah kat pasar ramadan area pasar melayu Taman Tasek Tambahan. Gulai kawah ni memang sedap.

Dah tu ke rumah Makcik Odah beli kerisik 250gm RM5. Beli kerisik nak masak rendang untuk raya. Awak tak awal la beli sebab aku malas nak fikir kelam kabut nak balik koyan nanti. Lagipun ini fresh.

Kemudian ke pasar ramadan Bukit Indah hantar laki aku. Aku sendiri pergi rumah Neena nak ambil tudung. Patut aku jumpa Syieda juga nak ambil kerepek pisang tanduk tapi dia tak jawab call aku maka aku pun baliklah...

Puas hati banyak benda dapat buat walaupun dalam keadaan hujan..

Komplen laki aku, dia masuk bazar Ramadan bukit indah dah jam 7.10 malam still penjual berkira..siapa nak beli lagi pun makanan diorang tu kalau tak habis. Kuih cara daging dijual separuh 50 sen. Mahal gila kots...agak2la nak berniaga...

Elok dia habis shopping aku pun elok je keluar jalan besar dari rumah Neena. Haha.ni aku terpikat nak beli sebab tengok video dia pakai shawl tu lah..adoyai..tengok aku pakai nanti jadi ke tidakkk...


Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...