Post ini sebab aku rasa sebagai ibu terasa sangat dihati ni bila baby tu menangis sepanjang solat isyak. 4 rakaat lama ditambah pula imam baca surah panjang. Bila habis tahiyat akhir ramai yang menoleh ke arah ibu dan bayinya. Soalan perlukah bawa bayi sekecil 6 bulan ke masjid?
Bayi diletakkan diantara jemaah yang mungkin boleh jadi pemutus saf. Maaf kalau bawa anak kecil kena duduk saf belakang sekali atau duduk tepi sekali. Tak wajib pun seorang wanita untuk solat di masjid. Dan tak wajib untuk solat terawih di masjid apalagi dengan anak kecil yang menangis sepanjang2 solat isyak dan terawih.
Ya aku pun baru berkesempatan ke masjid untuk berterawih setelah 2 tahun tak buat sebab anak aku perlu dijaga dan diberi perhatian. Aku dapat ke masjid pun sebab adik ipar offer diri untuk jaga anak. Kang dah tiba masa dia boleh ke masjid aku mungkin tak dapat ke masjid lagi.
Bayi2 ni meragam tak tentu masa. Tangisan mereka amat menghibakan kalau dibiar lama2. Sebagai seorang ibu hati aku sakit ya. Kita sebolehnya mahu anak itu segera dipujuk dan diberi perhatian bila dia menangis. Macam2 sebab pun boleh jadi. Kembung perut atau lapar paling biasa.
Janganlah kerana mengejar pahala di masjid tapi disebabkan orang mengata anda kerana membiarkan bayi menangis, anda dapat cemuhan tak sepatutnya.
Isnin, 6 Jun 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Seorang wanita lebih afdal solat di rumah sekiranya bila keluar boleh mengundang fitnah, kan? :)
BalasPadamBetul tu kakcik.
Padam