In Makan Luar

Ke AEON Seksyen 13 Shah Alam

Hari ni plan nak beli kasut untuk pakai raya. Klise sangat kan. Asal raya nak kasut baru. Padahal 3 bulan sekali nak beli kasut.

First time ke sini. Sebab last ke Shah Alam nampak mall ni dari jauh je. Teringin gak nak jejak..mallhoping kan kegemaran kami.


Bertolak dari rumah jam 2.30. Sampai masuk parking jam 3.10 camtu. Panjang queue nak masuk parking. Terus ke rooftop lagi senanglah...

Dah masuk tingkat 3 terus nampak segala syurga permainan kanak2. Adusss...

Tapi kami singgah ke fuel shack dulu bagi Aqlan makan..kami je ibu bapa bagi anak makan dalam kedai. Ibu bapa lai aku tengok diorang tapau dan bagi makan kat kerusi2 duduk dalam taman2 artificial yang dibuat.

Tapi aku teman sekejap je. Zcat suruh pergi cari apa aku nak. Jadi aku terus nak ke Uniqlo. Cehhh orang lain beli barang raya kat kedai jual2 pakaian Melayu la. Aku pulak nak ke kedai Jepun.

Tapi....sebab besar dan hujung dunia nak pergi, tengah2 jalan tu aku sangkut kedai kerongsang. Belilah 10 biji RM10. Yang kecil2 sudah. Bukan pakai sangat sekarang ni. Takat untuk ketatkan bahagian muka tudung segeralah...

Lepas tu aku still tak nampak Uniqlo. Sudahnya aku ke concierge diorang. Kan senang sebab aku tak nampak direktori.

On the way ke sana....tengok ada je sangkut tempat lain...akun ke Cotton On. Sale gila2. Apalah.....dah tak kerja pun tapi still shopping macam masih bekerja. Takpe2 duit suami bagi memang kita peruntuk shopping pakaian je selalunya. Yang lain semua dia take over sepenuhnya...syukur sangat2.  Nak kerja balik nak pegang duit sendiri....kena buat bisnes la...tinggal semenggah dengan tak je.

Sangkut lagi.. patut beli sikit je tapi bila sampai kat cashier nampak lagi benda murah2. Beli lagi..Ya Allah..tapi sebab cantik jadi aku macam tak dapat nak lepaskan tangan darinya. Okay 4 pakaian RM100. Jimat banyak kot.

Kemudian barulah aku jalan...tapi nampak H&M jadi masuk sat sebab nampak DEALS DEALS DEALS..Ko tahu jelah kalau ada perkataan tu memang jual murah. Masuk... jangan tak masuk.

Banyak pakaian jual murah2 tapi aku nampak kasut je yang cantik. Siap dah ambil2 gambar bagai...siap try 3 pasang. Tapiiii..takdak saiz. Hancur hatiku...so ke Uniqlo la.

Aku kenan yang ni. Hihihi sebab tinggi dan selesa tapi jari2 kaki aku macam terkeluar pulak.



Kat Uniqlo tengok latest fashion Hana Tajima. Hurm hurm....takpe pergi ke arah yang last season. Nampaklah shawl dengan inner harga drop dead sale. Ciss sebab aku dah beli last time harga RM39.90 untuk Innerneck Airism dan sekarang RM19.90. Dan Shawl braids RM29.90 tapi sekarang RM19.90. Humphhhhhhh...walau bagaimanapun aku tetap beli 2 helai shawl. Ok kedut2 takyah iron.

Lepas tu elok jam nak 5 petang kami pun balik. Dan yang bestnya tak kena caj apa2 pun  aku macam tak percaya juga...lalalala. sebab macam ada lebihan 2 jam 7 ke 10 minit. Ke aku salah tengok...tahlahhh yang penting free parking..yay.

Kami tapau lauk kat Restoran TTDI Shah Alam. Beli separuh kari kepala ikan, paru goreng, ulam kacang botol dan kacang panjang, bubur durian dan bubur jagung campur durian semua kena RM30 je. Murah rezeki owner restoran.. Solat asar di Masjid TUDM.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...