Lama aku mengalami keadaan macam tu. Hal tu terjadi tahun 2000.
Kemudian aku beralih minum kopi segera seperti Nescafe. Ermmm rasa berdebar2 jantung lepas minum. Banyak juga orang lain aku dengar mengalami perkara yang sama.
Tapi minum oren dan demam agak rare dan macam mengada2. Bila aku mula berkawan dengan Zcat aku beritahu masalah tu. Dia pun macam dengar tak percaya. So aku minum oren dengan dia kemudian aku demam. That it.
Hal ni berlanjutan sehingga aku lahirkan Aqlan. One day aku teringin betul minum jus oren. Lantak aku nak rasa. Kemudian aku tak demam dah. Eh eh...
Sejak tu aku asyik tibai minum air oren. Hahahaha. 14 tahun kot takut2 nak minum oren.
Mesti tutup oren. Sebab lebih banyak sacs.
Satu lagi kisah diri aku yang agak pelik aku tak boleh makan atau minum coklat pagi2. Ni pun aku discover masa belajar di universiti. Ada pagi tu dah la kena masuk tutorial jam 8 pagi. Aku lak kebulor tak sempat sarapan kat Muhibbah. So aku bawak coklat Cadbury dan makan dengan ngap ngap ngap nak habis satu bar besar. Lepas tu sakit perut tak hingat. Direct tu...
Aku macam tak caya gak. Maybe hari tu je sebab perut kosong...kemudian aku test la lagi makan coklat atau minum air coklat buat sarapan pagi..feeling omputih ko..end up aku sakit perut memulas macam ke hapa pun tak boleh tahan memang kena ke jamban!
Sudah..sejak tu aku takut makan pagi2 coklat dan seangkatannya. Sampai sekarang hari ni, aku masih takut.
Coklat jadi snek petang dan malam je. Tengok mood aku. Sebab kalau dah dapat satu bar tu memang aku makan habis sekali hadap je.
My fav all time choc for now.. |
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.