Ahad, 19 Jun 2016

Bila Kain Jahitan Tepi Hilang Pandangannya

Hari ni datang Karysma balik nak ambil kain yang buat jahit tepi tu. Datang2 terua oergi belakang sekali dimana staf2 dengan duduk menjahit. Bila diberitahu warna plastik apa..aku diminta cari di rak dilorong tengah. Puas ku cari tak jumpa2.

Sudahnya staff tu datang tolong cari pun tak jumpa2. Aishhh...Jangan kak, aku nak pakai raya...lepas tu dia janji dia akan cari balik sebab aku cakap aku nak pergi beli susu anak di Manjaku. Oklah sejam tu dia kata. Aku kata tak...setengah jam je..

So aku ke Manjaku. Dari nak beli susu je... beli diaper Drynights. Sippy cup, topi dan tisu basah. Ini mengenangkan nanti nak balik kampung beraya takyah kelam kabut fikir dah. So habis semua aku ke Karysma balik...

Sampai je....ha...ada pun kain aku. Siap sebelum tu laki aku cakap kalau tak jumpa suruh diorang ganti atau bayar balik. But aku punya conclusion berdasarkan kelam kabut tadi bahawa diorang ni tak organize dengan betul. Tempahan patut masuk bakul tertentu ikut tarikh nak diambil atau hari. Jadi tak kelam kabut bercampur dengan orang lain. Juga patut diberikan resit kerana masa aku cari2 tu staff kata ada tak kakak ambilkan ke? Ehhhh tak lah. Nampak tak kelemahan kat situ. Orang boleh ambil je mana2 kain dah siap dijahit dan claim tu dia punya. Sebab tak terkawal kan. Bahayalah.

Ok end up aku beli juga renda. Nak jahit renda kat kain tu. Hahaha.


Terus ke Alamanda sebab nak tukar bateri jam Swatch. Dah lama mati masa bercuti ke Terengganu hari tu. Free kata laki. Patut kena RM15. Dia pergi aku jaga anak nak main dalam play area.

Habis tu kami terus balik. Sempat solat semuala sebab nak ke Saba nak tapau nasi Arab. Masa masuk pakai TNG bila touch keluar sekali takde kena caj. Ehhh...rezeki sangat hari ni. Sebab rasa lebih sejam juga duduk tu. Siap tukar popok budaklah...

Ke Saba hujan turun lebat sangat. Actually masa sampai Alamanda lagi. Pun cepat dapat makanan. Parking pun senang dapat. Sebenarnya hari ni parking semua dekat dengan tempat kami pergi. Mudah sangat hari ni rasanya. Alhamdulillah.

1 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.