Khamis, 9 Jun 2016

Berkongsi Resipi Dan Gambar Juadah Berbuka

Bulan puasa ni ramai je upload gambar berbuka. Termasuk ahli keluarga aku dengan sahur2 pun diorang share gambar. Hahaha.

So siapa rajin masak awal2 sebelum asar? Kakak2 aku lebih kurang macam tulah depa. Sebab nak rehat je lepas asar. Aku pulak sekeluarga kecil kami ni suka makan hidangan panas. Terus dari kuali panas gitewww.

Kakak2 ni rajin juga dengan main course dan pembuka selera semua ada. Aiyy aku pulak main course terus. Laki aku jenis satu lauk cukuplah. Kalau dalam lauk boleh letak sayur lagi jimat masa masak. Kan?

Sejak hati pertama puasa aku masakla untuk berbuka. Kalau ada lebih bawak ke sahur. Laki aku sahur tak suka sangat makan berat2. Aku pulak makan nasi bagai. Itupun jam 4 petang perut dah keriut2. Zaman takde anak minum air kosong pun dah ok je. La ni aku terasa penat dengan keletah anak yang aktifnya....

Resipi masak hari2 aku tengok kat website. Dah bawak hp ke dapur kejap2 skrin dia out. So aku tulis dalam buku. Ala2 zaman dulu pulak salin resipi. Padahal buku resipi ada je. Yang Chef Wan punya buku je dah 2. Hahaha. Tapi aku nak ringkas2. Chef Wan punya style penuh perisa jadi kadang2 takde stok bahan kat rumah aku kena adjust. Cam tak syok pulak.

Yang pasti resipi dari blog Azie Kitchen la yang aku dok tengok hari2. Erm senang2 je cara puan ni masak. Sedap dan ringkas. Setakat ni yang paling aku puas hati aku masak ayam masak merah. Yang lain bukan tak puas hati....laki aku ni suka bagi komen lepas makan. Dah macam MKR la aku rasa. Kadang2 menjeruk rasa...cam tanak masak dah. Hahaha. Tapi kalau sedap tu dia tak cakap apa. Diam je dia makan pastu salahkan aku menyebabkan dia gemuk. Ek eleh....ada aje kan.

Weekend aku ingat nak cuti masak je. Tapi untuk budak Aqlan tu kenalah masak juga sikit2. Kang kebulor pulak dah macam orang puasa pulak.

Ikut style tulisan Kak AzieAzah....tayang2.

Roti Turkey Kak Ted. Nampak sedap terus memasing minta resipi nak buat. Aku pun cakap Wow je.

Roti sardin gulung Kak Ma. Aku buat dah 2nd day. Ni mesti dia nak terliur tengok aku buat. Hahaha.

Murtabak Kak Ted. Phew rajin betul. Mentang2la ada pembantu rumah. Ehhh...anak dara kat rumah. Hahahaha.

Aku pulak masakan aku bukan aku ambil gambar pun....sebab siap terus makan..memang elok je timing aku masak tu. Alhamdulillah semua habis licin. Oh sebagai seorang yang malas masak dan biasa makanan dihidangkan atas meja masa zaman duduk rumah mak dan kakak2 aku tentulah gembira yang akhirnya aku mampu juga nak masak....dan dengan komen2 laki aku...maka terbinalah masakan penuh kasih sayang...lalalala.

Done.
1st day Ayam Serai
2nd day Kari Ikan Bawal Hitam
3rd day Ayam Masak Merah
4th day Masak Taucu Ikan Kerisi

Semua tu kalau korang cari kat blog Azie Kitchen ada je...

Nah air mint segar...campuran limau nipis, limau kasturi, daunt pudina dan 7up.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.