Lama tak ke Mydin. Nak masuk bulan puasa harusla buat stok dapur dan toiletries. Jadi lepas Zcat balik kerja kami terus ke Mydin USJ. Awal juga sampai.
Disebabkan harga di Mydin memang murah kami buat stok toiletries banyak2. Contohnya liquid detergent dan fabric softener. Sabun cuci pinggan dah borong dengan Hero guna kupon bulan April lepas. Untung sangat..
Tips untuk beli banyak2 ni bila harga jatuh banyak kita belila banyak2. Haha sebab kalau beli satu je rugilah. Maybe next time datang dah naik harga.
Kalau untuk liquid detergent kami memang pakai Dynamo je. Selalu kira harga bahagikan dengan jumlah ML. Biasa 4L dah RM27 so kalau dah jatuh RM22 tu dah murahla..kalau ada sale kadang2 beli dalam botol lagi murah dari refill dalam plastik beg tu.
Sos kami suka Heinz je tapi habis pulak kat Mydin tu. Tengok Ribena 2L sebotol dalam RM19 terus grab 2. Kanak2 Ribena kat rumah ni minum air tu je. Cuma kadang2 beli jus buah2an macam Boost dan Juiceworks bila weekend. Tu pun kalau dia nampak kami minum dia punya Ribena tanak pandang. Huh pandai aje..
Beras beli Faiza Taj Mahal memang sejak dulu atas faktor kesihatan. Beras panjang pun kena beli sebab kadang2 nak masak nasi bawang. La ni nak belajar nasi beriani pulak. Hehe.
Macam2 lagi beli..tup tup dah nak RM400. Tapi sebab tahu buat stok jadi diam2 sudah.
Semangat nak masak untuk bulan puasa ni.
Jumaat, 3 Jun 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.