In Online Shopping

Kalau Dah Berhutang Bayarlah, Jangan Mengelak

Siapa la tak berhutang kat dunia ni..kalau tak duit; yang memang lazim buat orang marah..ada juga hutang puasa..hutang bukan kebendaan. Contohnya..

Aku sendiri masih berhutang duit ansuran kereta..nasib Alhamdulillah laki nak bayarkan untuk setahun ni lagi je. Pastu bebas hutanglah aku. Hutang PTPTN dah lama settle...tu pasal rilek je berhenti kerja.

Rumah memang takde..tak mampu beli. Kalau beli hari tu memang masih kena kerjalah. Bukan kerja makan gaji je..tah2 kena ada 2-3 kerja lain.

Aku sebolehnya tanak berhutang dengan sesiapapun walau jumlah yang kecil...seingat aku dah buat bayaran balik kepada sesiapa yang aku pernah minta hutang. Kecuali satu ni jelah lagi nak bayar duit homestay balik kampung nanti. Dah aku yang deal, akulah yang bertanggungjawab walaupun nanti dapat claim balik dari laki dan adik beradik. Hehe sewa homestay share jimat sikit.

So siapa2 yang aku ada hutang dengan dia silalah email aku. Sebab aku tak ingat dah. Maybe ada hutang zaman sekolah atau kerja.. sepuluh ringgit ke lima ringgit ke duit jugak.

Pasal orang hutang aku...adalah juga yang liat nak bayar..tunggu jelah...kadang2 tak tahu nak cakap apa lah...depa ni macam buat dek jek..adakah depa ni ingat bila depa nati anak keturunan depa selesaikan. Atau kita yang bagi hutang ni sebab masing2 tanak susah kat akhirat, maka dihalalkan.. eii jangan ambil kesempatan ya. Ajal maut mang tak tahu bila. Tapi dah nak mati sok atau dah dalam kubur kena belenggu orang atas dunia tak tahu beban azab yang ditanggung.

Siapa berpengalaman dalam ahli keluarga paling banyak cakap pinjam meminjam pastu buat dek walaupun bila ada perjumpaan boleh buat muka toyรจ.. boleh jadi gaduh yang besar ok.

Ada juga orang yang meminjam ni bila tak buat bayaran hidup dia tak senang. Maksudnya walau macam mewah tapi tak senang dari segi masa ke...atau apa2 je kesusahan. Tapi tetap tak sedar diri... cer belajar muhasabah diri tu sikit. Orang yang kau berhutang tu punyalah harap duit dia dipulangkan.

Orang minta hutang memang muka tak malu. Nak bayar hutang kita pulak yang malu nak minta. Apalah kan..

Aku pun tunggu jelah orang bayar kat aku balik....pasal kat akhirat esok memang aku tanak tunggu dia..ingat akhirat tu sama ke dengan kehidupan dunia. Semua orang nak dihisab cepat2. Nasiblah jadi umat nabi Muhammad. Balasan Allah lebih adil.

Hari tu beli beg Bella Ammara dengan PS. Kita memang kenal benar dia ni. Sekali dapat beg ada defect sikit. So kita pun bagi tahulah..jadi dia suruh kita tukar dan dia poskan siap2 beg baru beserta sampul poslaju dan duit setem untuk pos beg defect. Bagus takkk. Laki kita baik hati ajak hantar kat rumah dia sebab otw ke area rumah dia kami dari Gombak ambik kek. Ni pun kira hutang jugak kalau tak pulangkan. Padahal defect tu bukan isu besar. 

Related Articles

1 comments:

  1. Masa balik kampung cuti raya biasanya akan terjumpa muka2 yg berhutang ngn kita, siap mintak maaf tapi dia xpulak mintak halal hutangnya tu. Kita ni dah ingat2 lupa.. hutang beribu RM memang blm lg saya niat nak halalkan, so tunggu je bila dia nk selesaikan atau saya berubah fikiran.

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...