In Makan Luar

Buka Puasa Di Intekma Shah Alam

Hari ni ikut Zcat buka puasa dengan kawan2 sekolah dia. Reunion katanya. Tapi tak semua dapat hadir. 4 meja je.

Kami sampai awal jugak. Sekali dapat tempat tepi kolam renang. Ahahahaha... kenalah aku berjaga2 sebab Aqlan suka sangat mandi kolam renang. So sebelum berbuka puasa tu puaslah jaga dia daripada masuk kolam renang. Pak guard pun 2x datang selamatkan dia.



Sudahnya bila dah nak berbuka kami letakkan dia dalam baby chair dan kena ikat dia guna tali khas sebab takde tali nanti dia keluar. Terus kena bagi dia makan supaya dia lupa kolam renang tu....

Aku memang tak ke meja lain. Layankan anak jelah. Zcat bangun juga pergi ke meja2 lain beramah mesra dengan kawan2 dia. Aku berbual dengan spouse kawan2 dialah.. kami nak join depa tak tahu apa cerita..Hahahaha.




Depa ni selalu je reunion. Aku nak reunion dengan kawan sekolah susah beno..ex-school mate semua duduk Terengganu. Ada seorang kat Sabah tak tahulah dah balik semenanjung ke tidak.

Semalam beli hari ni pakai terus. Nak matching dengan Zcat pakai purple. Tapi sebenarnya tudung ni macam lilac. Kalau ikut katalog NaazneenFaiqa kaler pink. Pencahayaan....

Nak kata puding roti ke erm...tapi sedap sangat. 2x tambah. Hehe.

Teh memang kaw. 2 gelas aku minum.




Percubaan nak masuk ke kolam bila dah nak balik. Tak dapat silang tangan kat belakang macam cari idea; apa aku nak buat ni.?

Masa balik kami naik buggy ke parking. Haha seronok juga. Parking jauh kan nak jalan dengan budak ni tak kuasa dah. Kekenyangan. 

Related Articles

4 comments:

  1. Salam kenal Anis
    Bestnya tempt ni siap ada kolam renang lgi tpi kena jga lah budak kecik kang dia main2 bahaya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kak. Harga buffet pun boleh dianggap average la. RM55 satu kepala. Tapi kami ramai dapat RM45 satu kepala.

      Delete
  2. Replies
    1. Bukan kawan2 saya..kawan2 suami..tapi akhirnya jadi kenalan sayalah jugak. Hehe.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...