In

Kalau Nak Khatam Al-Quran Sebulan Ramadhan

Bulan puasa ni tadarus biasa dilakukan. Zaman2  duduk asrama kadang boleh khatam berkali2 sebab tadarus ramai2 ni syok sangat. Baca pulak laju2 tapi takdelah langgar tajwid. Dengar orang salah baca kita betulkan dan kita salah baca diorang betulkan. Which is itulah tadarus namanya.

Aku kurang setuju sikit bab kata tadarus ramai2 tapi tak dalam satu halaqah atau satu bulatan. Seperti dirancangkan kau baca 2-3 juzuk ke aku juzuk seterusnya 2-3 jugak tapi masing2 tinggal asing dan jauh2. Aish aku tak faham sebab kefahaman aku tentang tadarus ni lain sikit.

Yang aku buat ialah baca Al-Quran tu kalau nak khatamkan kena baca satu hari 20 helai muka surat kalau menggunakan Al-Quran tanpa terjemahan. Mengikut keseluruhan muka surat ada 603. Purata 1 hari 20.1 muka la. Memang ada juga hari aku tak lepas 20 helai muka surat...so nak berkejar tu mestilah kot2 pulak nanti kalau kena period, lagilah....

Memang aku rindu tadarus. Nikmat dia lain..

Anak buah ni tahun ni jadi pak imam terawih kat Brunei. Hafiz Quran. Adik beradik dia 3 orang dah khatam hafal Quran. Walaupun begitu diorang ni cool je. Ya segan dalam diri tu adalah..masa kecik2 dulu kemain manja. Aku picit2 je bila geram. Hehe.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...