Khamis, 30 Jun 2016

Buka Puasa Di D'Saji Kajang Perdana

Gantung kuali lagi.....kali ni join dept. suami pergi berbuka puasa di D'Saji. Ni kan katerer famous FELDA. Kami pergi di Kajang. Dekat dengan rumah.

Untuk elak jammed, kami pergi awal. Jadi sempat ke Kamdar cari kain untuk buy kurta Aqlan. Takde kain lebih dari pakaian yang ditempah untuk abahnya.

Sempat nak jahit ke tak...cerita lain. Hehe..

Sampai2 je cek bilik air. Maklum tempat macam ni ramai. Siap plan..makan sikit pastu terus solat Maghrib siap2.

Sebelum tu amik daging kambing bakar dulula..sebelum line lagi panjang.

Bila turn aku dah siap solat, Zcat pulak pergi. Nak kena suap Aqlan lagi..boleh tahan banyak dia makan.

Aku pun makan serba sedikit nak rasa. Tak payah tamak kemudian membazir buang makanan. Tak elok. Membazir Itu Kawan Syaitan.









Overall makanan  sedap..banyak...harga RM45. Staff dept. semua bawa ahli keluarga masing2. Riuh juga. Bangsa lain pun ada buka puasa sekali...hehehe...



Dah habis semua pergi rumah kak pa sebab nak beli kerepek bawang. Kemudian hantar Illyas ke Seri Petaling.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.