In Online Shopping

Collect Kuih Raya Puan Nani Rostam

Aku beli kuih online first time kot. Dah lama aku dok tengok IG snfad_diela ni. Alah gadis Melayu yang bersuamikan lelaki Korea. Muka diorang memang sama ok.

Jadi hari ni nak collect kuih yang dibeli dari dia di MidValley. Ingatkan boleh jumpa pasangan Korean-Malay ni, tapi rupanya kena ambil dari ibu dia....melepas nak tengok kecomelan diorang.. hahaha. Tapi aku dapat tengok adik2 dia...ermmm diorang semua mata sepet. Tapi sepet yang cantik macam orang Korea. Serius cakap.
Short bread RM38

Biskut arab RM38

Lepas tu jalan2 jap dalam The Gardens. Tak kuasa masuk MidValley penuh orang okay. Nak cari kasut..dah berkenan takde saiz pulak...

Isetan ada additional discount for members sedihnya kasut yang aku nak tu takde saiz....


Sudahnya ke The School Jaya One nak tengok sale kasut by Christy Ng. Tapi dah last day kan...apa jelah yang ada.




Main2 kejap dengan Aqlan di meja yang disediakan...lepastu balik jelah tapau Nandos.


Related Articles

1 comments:

  1. nampak macam besh kuih raya 2..btw comel la anak akak..mcm akak..hehe..

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...