In Hobby

Ke Karysma Bandar Baru Bangi Lagi

Aku dan Karysma dah jatuh cinta... hahahaha. Ok siapa yang minat menjahit dan tinggal area berdekatan mesti setuju dengan pernyataan aku.

Last Sunday aku ada pergi kedai alat2 jahit di seksyen 7 Shah Alam. Mula2 aku ingat Zcat bawa aku ke kedai Karysma area sana rupanya kedai Pakistan. Aku masuk dan tengok pun dah tahu. Ok barang dia tak banyak sebab lebih kepada supplies untuk industri. Aku ni jahit sebagai hobi je. Tapak untuk portable sewing machine takdak.

Jadi hari ni ke BBB. Mula2 hajat nak pergi bank nak hantar borang deduction insurans tapi sebab tak fotostat ic aku malas nak pergi. Alasan beno.

Jadi bila Zcat kata ke Karysma je terus aku potong kain zap zap zap nak suruh diorang jahit tepi. Ya ampun susah nak cari kedai jahit tepi di Kinrara...kang aku beli mesin buat bisnes kat rumah kang...hahaha berangan. Tapi sebenarnya cam ada niat gak..sebab aku suka sangat dengan kedai alat2 jahitan ni. Tapi sebab banyak sangat permintaan, Ahad baru siap.

So aku ke situ nak beli tapak untuk hemming je. Since aku dah siap jahit baju kurung just tinggal nak jahit kelim kat bahagaian bawah...maka kenalah juga beli tapak. Nak jahit sembat nanti mudah putus. Maklum baju semua sumbat mesin kecuali baju2  yang tak layak masuk mesin. Tapak RM10.50 je. Bila tanya staff semua suruh tanya pakcik. So kat situ ada seorang pakcik otai pasal alat2 jahitan. Kadang dalam hati macam nak keje part time kat kedai jahit sebab suka sangat. Hahaha.


Gambar ni kak pa bagi...saja je kan. Kemudian bila aku cakap aku dah pergi ni terus dia jealous. Okay next time pergi Shah Alam punya pulak.

Lepas dah beli pergi kedai stationery pulak. Pustaka Rakyat. Beli gel pen dan pengasah pensil yang cool. Balik rumah sibuk asah pensil. Tapi pensil untuk lukis atas kain tak boleh guna mesin tu sebab mata dia lain. Terpaksala guna pisau cam biasa..mmm sedih.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...