In Fashion Hobby

Macam2 Nak Buat Sebelum Masuk Puasa

Sarapan cucur bilis dan taugeh lagi. Dah jadi kebiasaan pulak. Cuma sentiasalah berubah rasa tu. Hari ni tak cukup lembut. Suka masak lembut macam mak buat. So bila sejuk pun masih sedap lagi.

2 beradik tu pergi test kereta. Aku tak kuasa nak ikut sebab nak kena kejar Aqlan lagi nanti susah. Bukan kereta kami. Kereta baru adik ipar. Untung nasib dapatlah tumpang bawa nanti hehe. Kereta Myvi lagi setahun nak habis bayar baru boleh fikirkan kereta baru. Kereta Myvi pun aircond dah macam lalalala....musim panas aircond dia pun tak memberangsangkan. Nak kena tukar apa yang patut.

Lepas zuhur rasmi cadar baru yang dibeli di jualan Hush Puppies. Kalau diorang buat sale dekat je dengan rumah kami harga memang memgancam poket. Aku jimat RM600 lebih kot lepas diskaun yang tak dapat ditolak...maksudnya baik kau beli. So macam biasa beli baju budak Aqlan. Pastu aku pun beli juga barang2 personal aku.

Lepas asar dah gigil2 sebab makan cucur je so kami ke Saba Cyberjaya nak makan nasi arab. Sebelum tu sempat pergi kedai alat2 jahitan di Puchong. Kedai dia besar tapi aku tak excited macam pergi Kharysma. Macam2 dah dapat jahit..now projek buat kemeja labuh. Guna kain japanese cotton. Baju raya tak siap2. Hahaha. Pun aku dah siap jahit tinggal nak masukkan getah dan jahit sembat.

Kalau aku dah lepas jahit ni..baik aku buat sendirilah baju2 aku memang jimatla..kecuali yang jenis kain licin. 

Related Articles

2 comments:

  1. ingat kita lagi ye anis.....comelnya anak anis...dulu masa kenal anis , anis bujang lagi...saje je nk berblog tgh ada masa lapang..biasa sy kat fb atau ig je..selamat berpuasa anis

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...