2 ke 3 minggu lepas aku terima cek dari Global Test Market atas masa2 yang aku berikan untuk jawab survey. Dah lama aku main survey ini...
Aku dapat 2 keping cek dari mereka, setiap satu USD50, Citibank. Mana tak happy 2 keping dah USD100. Kalau ikut tukaran mata wang sekarang boleh dapat RM400++. Terus berangan nak beli macam2.
Last week aku tengok bank history transaction aku ada cek dah clear pada hari Rabu dan Jumaat. Tapi......aku pelik, satu jumlahnya RM50.28 dan satu lagi RM50.02. Total RM100.30. Aku pun macam takpe tunggu Isnin kot2 ada lagi...mana tahu diorang buat pecah2. Aku bank in kan cek2 tu di Maybank Kinrara. Memang aku tahu ada caj2 akan dikenakan...tapi takkanlah aku dapat RM100.30 je?
Isnin malam aku tengok...lepas subuh pagi Selasa iaitu hari ni aku tweet ke @myMaybank. Soalan aku direct. Ialah sebelum aku call Maybank masa office hour baik aku buat persiapan. Jangan kata tak buat kajian sebelum nak menghentam. Aku kan kerja akaun dulu tiap2 hari pergi bank. Hampir setiap minggu call bank dan....siapa jaga akaun tahulah. Malas nak citerlah...
Tengahari lepas zuhur aku angkat baju dan tengok mailbox ada surat untuk aku. Ni macam dari bank je.....haiiiiiii.....
Bila dibuka aku memang dapat surat dari Maybank pasal transaksi cek luar negara tu. Hurm....aku baca betul2...biar betul fee agent aje dah USD31. Maksud aku dapat USD19 je. Belum lagi caj dari Maybank pulak.......
Ni penjelasan Twitter dari @myMaybank.
Aku memang masih terkejut ni sebab lebih RM300 ditolak untuk agent fees. Ikut kata Zcat dia dapat dulu dalam RM280 untuk USD100. Tapi dia masukkan ke Citibank. So dianggap house cheque la.
Aku macam menyesal juga tak buat carian mana bank patut aku masukkan cek tu..aku ada je akaun RHB, AmBank dan Tabung Haji...lepas aku baca kat blog ni... barulah aku tahu caj Maybank paling tinggi... bank Muammalat paling rendah.
Sudah lepas ni aku claim voucher je. 2400 points banyak ok nak kumpul kemain lama..last2 dapat RM100.30. Nangis.
Selasa, 21 Jun 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.