In Hobby

Akhirnya Siap Sudah Baju Rayaku Hehehe

Percubaan menjahit baju raya sendiri dah berjaya setelah membeli tapak kaki hemming di Karysma. Pagi2 lagi siapkan dan sudah dibasuh juga. Syok betul guna tapak hemming ni. Maka adalah nanti next projek nak buat. Gebang sebut projek hakikat pakai sendiri.

Kain dipotong mengikut ukuran baju lama. Tambah sikitla inci sebab tahu diri ni dah besar sikit. Hahaha. Mula2 risau juga berani sangat ni potong kain licin. Siap ada pattern yang kalau tak ikut maka OCD aku akan mula menjadi2.

Mempunyai tapak menjahit yang berbeza2, seronoklah dah discover beberapa perkara baru. Tengok youtube dan belajar menjahit menggunakan tapak yang berbeza2 mengikut jenis jahitan yang dimahukan. Yang tak lepas lagi jahit butang guna mesin. Buat lubang butang dan jahit zip sorok dah lepas. Errr aku rasa ni memang perlukan kecekapan dan ketekunan sebab payah oo.

Ini bukan baju raya. Tapi ni pun aku jahit sendiri. Kain Japanese Cotton memang senangla nak gunting. Potongan oversized shirt. Sesuai untuk orang saiz XL. Hahahaha. 

Related Articles

6 comments:

  1. Replies
    1. Cukup bahan semua siap dengan cepat. Talent menggunting tu kena ada.

      Delete
  2. lepas ni buat baju aku pulak...tapi size XXXL la :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko bukan saiz xs ke? Jangan ko nak suruh jahit baju laki ko...haha

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...