Jumaat, 17 Jun 2016

Masakan Sepanjang Hari Isnin Hingga Jumaat

Setakat ni kita masak weekdays je. Tak tahulah esok masak lagi ke or beli lauk. Tapi berdasarkan last week makan makanan luar takdelah nak repeat lagi. Haha.

Yang masak cuma satu lauk dan nasi je. Dessert selalu aku makan lepas jam 10 malam. Guilty pleasure..

Isnin - Ayam Teppanyaki, sayur campur style Teppanyaki: lobak, taugeh, kubis dan daun kuchai.
Selasa - Nasi Beriani, Kuah Ayam Beriani Faiza, Salad.
Rabu - Daging Masak Kicap Dengan Kacang Panjang.
Khamis - Ayam Masak Kurma, acar jelatah.
Jumaat - Udang Goreng Kari

Setakat ni belum repeat resipi. Tengoklah mood nak belek resipi orang lain. Jadi sebenarnya masak ni mudah asalkan betul dan ikut bahan. Kalau masak seafood tak boleh lama. Kalau overcooked memang tak sedap dah seperti udang dan sotong. Kalau ayam kena goreng api perlahan supaya masak luar dalam. Sayur ringkas yang sedap hanya guna bawang putih dan sos ikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.