Monday, February 29, 2016

29 Februari 2016

Dina don dan 12 tahun. Dia lahir hari yang special. 4 tahun sekali. Jadi umi dia selalu sambutkan birthday dia dalam bulan Islam je iaitu Muharam.

Dina dilahirkan pada tahun 2004. Aku start kerja pada 15 Mac dannnnnn paling sedih dalam hidup aku kehilangan bapak selepas 2 bulan graduation di UKM.

Jadi aku dan Dina ada chemistry sikit. Cuma sejak dah tak duduk sekali ni....aku dah kehilangan Dina....hahaha...dia suka menceceh dan kuat drama masa kecil. Ye aku jaga dia sekejap jer....dah kerja memang tak jaga dahla...


Sunday, February 28, 2016

Macam2 Hal

Hari ni kak pa nak buat makan2 untuk sambutan birthday Dina. Sebab esok dah sekolah. Katanya sarapan. Ada pulut kuning dan kek. Ok kami datang.

Sebab perut kosong, kami singgah Starbucks tepi highway PLUS. Drive thru je senang. Order 2 air. Satu sandwich loaf. Untuk Aqlan sebab dia suka makan.

Lama jugak kami tunggu kali ni nak bayar pun lama. Lepas dah bayar drive sikit lagi ke depan nak ambil makanan. Pun lama sikit. Ermmm panjang sangat ke list hari ni?

Bila dah dapat semua kami pun terus keluar ke susur nak masuk highway ke Bangi. Aku masa tu terus buka beg kertas sandwich sekali yang ada dalamnya ialah stirrer. Laaaa.....

Laki aku gostan..nasib baik belum menjulur keluar sangat. Itu pun hati2 weh gila tak pernah dibuat ni..

Aku terus ke kaunter ambil makanan dan tunjukkan pek makanan aku. Haaaa...apa lagi diorang pun jerit2 kat pelayan yang jaga drive thru. "Apa kau bagi ni?...kau mari sini...."

Aku agak budak tu masih baru. Kelam kabut aku tengok dia. Haaa kami punyalah nak cepat tak sempat nak ambik gambar beg kertas penuh stirrer tu. Tapi laki aku ambil beberapa stirrer sebab pada cawan air panas dia pun takde stirrer langsung. Adoiii aku punyalah gelak. Tapi buat2 muka serius sikit kat depa kasi depa ingat sikit.

Sampai rumah kak pa, aku makan kek je. Sebab perut masih memulas sakit kesan sambal semalam. Cisss...dan aku baru sedar aku tak bawak handphone. Hahaha..



Dah solat zuhur kami pergi cari lagi barang2. Aku siap pergi Kamdar beli kain nak buat projek. Keh keh. Aku dan kain memang berpisah tiada.

Hari ni tak boleh jalan banyak sangat. Perut sakit aje...so banyak benda tak dinikmati. Baru sikit Allah uji.

Saturday, February 27, 2016

Sup Panas

Sup Panas
Sup panas permintaan adik ipar. Nak makan time2 ni..ha la kami ikut je. Terus ke Restoran Pulau Ketam kat atas Bukit Manjalara tu.

Dah lama gila aku tak pergi mall kat sini. Hujan turun dengan lebat masa tu. Letak je kaki nampak anjing dan pemiliknya. Bukan seekor...tapi agak ramai yang bawa anjing ke mall ni. Siap duduk atas kerusi. Hahaha.

Ok aku takde hal pasal anjing ni tapi ya kehadiran anjing di mall tidakla dialu2kan. Memang anak aku duduk dalam stroller jelah. Nasib restoran yang kami masuk tak benarkan sebarang pet.

Dah lama tak makan banyak. Adoiii Pulau Ketam ni makanan yang sedap dia ialah bawang goreng direndam dalam minyak dan sambal cecah. Kat sini juga ada sambal hijau which is tak semua branch ada.

Makan panas2 masa hujan lebat memang layan. Tapi kalau makanan anak pun aku kena habiskan sebab tanak membazir... mahu bloated balik aku ni.

Friday, February 26, 2016

Taman BK

Bandar Kinrara ni banyak sangat taman perumahan. Setiap BK ada tamannya. Taman BK kami kecil dan bersebelahan jalan raya yanh sibuk jadi aku tak pernah nak bawak Aqlan pergi sana. Aku bawak dia pergi taman BK sebelah.

Bawak dan tolak Aqlan dalam stroller, 10 minit baru sampai. Bagusla bersenam siki kan. 



Aqlan jumpa diorang ni walau tak dikenali tapi mesra beno. Depa pun rajin layan Aqlan.

Thursday, February 25, 2016

25 Februari 2016

Selamat hari lahir yang ke 47 untuk kak hasni. Kakak ipar aku isteri kepada abang bad.

Buat masa ni beliau sedang menghadapi kesedihan sekeluarga kerana ayahnya sedang sakit. Dan kami semua pernah hadapi situasi itu semasa arwah bapak dirawat di hospital.  Semoga tabah. Panjang umur dan murah rezeki dan rahmat dari Allah tak putus2.

Kak cuma dan kak hasni baju merah. Diorang kawan baik sekolah masa di asrama dulu. Tup2 jadi kakak ipar. Hehe.

Wednesday, February 24, 2016

24 Februari 2016

selamat hari lahir ke 15 buat anak saudara, Abdullah. panggilnya AB je. namanya sempena nama arwah yayi dia, arwah bapak aku.

sekarang dia sedang belajar tahfiz di Jerantut. semoga terus menjadi anak yang soleh dan dapat membangunkan ummah. Amin.


Abdullah dan adiknya Sofiyyah

Detox Infusion

ceeeeeee orang lain dah lama buat aku baru nak start. itupun sebab dah jumpa doktor dan keputusan kolesterol yang tinggi. now hari2 sejak minggu lepas makan pil la. tapi air cendawan kak dewi buat aku belum minum.

baru je start isnin minum. nampak sangat aku kurang minum air kosong dan banyak minum air manis. gagahkan juga diri ni la...segagah nak kena pergi toilet beberapa kali...hehehe..

now aku macam gatal nak beli botol khas supaya senang nak bawa ke mana2. yang kat rumahd alam botol kaca je...sejuk sedap minum...layannnn...

saper penah beli botol ni? angkat tangan...hehehe macam aku nampak korang angkat tangan. nak order ke tak hurm...
sumber http://www.lazada.com.my/sports-lemon-juice-flip-lid-fruit-infuser-water-bottle-800mlrose-red-1969817.html

dah nak 40 baru nak sedar..belum....terlambat....tahun depan baru 40. iskkkk 40 series dah? apaaaaa?

dan banyaklah aku berfikir akhir2 ini.

betulkan niat hidup ni.

Tuesday, February 23, 2016

Bidai Plastik

Selama ni tingkap dapur pakai langsir kain. Warna hijau lumut. Cuaca gelap sikit. So siang pun on lampu kalau nak buat kerja sebab tak nampak.

Tapiiii sekarang dapur dah cerah. Pasang bidai plastik. Lebih senang nak cuci. Pilih warna pun yang hampir sama dengan warna dinding dapur. Beli kat Giant RM70.


Sekarang siang musim panas dapur terang benderang. Laki tak berapa suka  belakang tingkap kat end of the roof pub pasang bidai supaya jiran belakang tak nampak. Jiran rumah dia tinggi sikit.

Monday, February 22, 2016

Puasa Sunat

Puasa Sunat
Dah lama tak puasa. Sejak habis ganti puasalah.

Ada baiknya puasa 3 hari dalam sebulan seperti sunnah Rasulullah.

Bertabah je sebab bangun minum air kosong 2 teguk pastu tidur balik.

Salah satu sebab puasa ni ialah untuk bagi rehat pada perut. 24 jam bekerja keras proses makanan. Haa sekali bagi dia rehat hari ni.

Berbuka dengan nasi bawang dan kurma ayam. Air sedap ialah air green tea Anis Coffee.

Camna ni...

Sunday, February 21, 2016

Saturday, February 20, 2016

Molly, Atria

Kami tak plan ke Atria sebenarnya. Tujuan lebih kepada membeli penjagaan rambut natural keluaran MariniNaturaléMagic. Boleh cari kat IG nama tu kalau nak tengok produknya.

Lepas tu nak makan. Nak makan nasi ayam hailam damansara tapi penuhnya siap nampak ada satu lori parking depan kedai bawak pemain tarian naga. Nak pergi makan nasi lemak village park macam kepanasan.

Sudahnya kami ke Atria. Aku makan bubur ayam sudahnya kat Uncle's Lim.

Sempat pulak mata aku tatap pakaian kat Terranova. Ada sale menarik. Belii.

Kemudian baru ke Molly. Dimiliki oleh AEON. Masa kami pergi caj RM6 unlimited times. Kalau tak setengah jam pertama RM5 dan setiap 10 minit seterusnya RM1.

Bagi Aqlan main sampai sejam. Biar dia puas hati. Malam karang senang tidur.








Friday, February 19, 2016

Sebelum Layu

Aku suka pulak beli sayur ni sekarang. Kalau beli 1 ikat je tak cukup sebab bila masak kecut. Suami ajar masak dengan bawang putih je.

Bila makan batangnya bunyi krup krap. Sedap betul. Yelah nak amalkan cara makan sihat. Mulalah makan daun2.

Thursday, February 18, 2016

Park, Playground

Park, Playground
Semangat nak pergi Park jalan kaki hari ni. Lepas asar bertolak jam 5.20pm sampai jam 5.30pm. 10 minit je rupanya. Tolak stroller kan. Kalau takde stroller boleh cepat lagi kot.

Sampai2 je cuaca mendung je. Bagi Aqlan main gelongsor. Aku tengok aje. Kemudian hujan. Terpaksa tarik dia duduk kejap bawah wakaf. Bila dah berhenti baru lepaskan balik.

Sebelum tu sempat jalan sekali kat padang. Tapak kasut tercabut pulak. Dah aku tak kutip sebab sibuk kejar Aqlan yang berlari.

Sudahnya jalan senget sebelah. Kemudian macam smell something...ehem...budak ni berak pulak. Terus angkut dia balik. Masa tu dia dah sempat sampai badminton ke basketball court. Adudududu.

Begitulah setengah jam habis kat playground.

Wednesday, February 17, 2016

Mengantuk Aje

Mengantuk Aje
pagi ni bangun awal. tengok cuaca cantik je...hurm nak pergi jalan2 lari ke tidak..? last2 keluarkan ayam dan tengok TV.

semua benda dah ada. kenapa malas sangat? kenapa tak macam dulu2? penuh semangat dan rajin aje nak jalan2 lari. siap buat pusingan kat Bukit Indah tu. rindu pulak.

kadang2 alasan yang dibuat2 tak munasabah. MALAS ialah punca besar kat sini. sila sedar diri ya.

Tuesday, February 16, 2016

Keputusan Darah

taraaaaa....bangun punyalah azab pagi ni. dah bangun boleh sambung tidur kat sofa. sabar jelah.

dah sampai Klinik Kesihatan Sungai Besi, buku appointment baru teringat dalam beg lain. baguslah, terpaksa tebalkan muka kat misi. masa jan 9.52 baru aku dapat nombor. masuk dalam kategori terlepas appointment la gamaknya. hampir jam 12 tengahari baru selesai semua...

Tahap kolesterol tinggi. Adoyaiii..doktor kata aku berkemungkinan boleh kena strok. Sabar banyak2 sila jaga pemakanan.

berat bertambah. tekanan darah ok. gula dalam darah ok. kolesterol tak ok. memang paling tinggi seumur hidup aku ni...7.1. terus...erkkkkk...laki cakap jom beli oat. tidakkkkkkkk aku benci oat.

kemudian pergi Mines kejap, makan dan cari2 barang. oat untuk dimasak dengan nasi laki tak jumpa. hehehe.

pastu aku call kak dewi nak mintak air cendawan mud tu. dia kata bawak bekas sudahlah..aku cakap kat dia dulu aku nak sebekas..huahua...

dah sampai rumah dia duduk tu, aku ambil air sebotol je. aku pernah minum dulu dia bagi rasa masa kenduri Ana. rasa macam minum air Zappel. sedap ko..air ni bertindak untuk mengurangkan kolesterol. dengan izin Allah.

lepas dah ambil air,  barulah nak belajar balik macam mana nak buat air tu. kak dewi suruh beli bekas 7 liter. hurm....cendawannnya kena minta dari kak dewi la..cendawannya aneh. kak dewi kata didapati di Mekah.

balik rumah mulalah......bercita2 nak amalkan hidup sihat. jam 6 petang pergi park berdekatan. bawa Aqlan. biar dia penat. aku? main gelongsor sekali dan guna ala pecah lemak perut je. hehehe..

Monday, February 15, 2016

Penggantung Aksesori

Inilah dia hasil frame yang dah bertukar jadi tempat aku gantung aksesori. Seronoknya aku. Lepas dah siap mintak tolong laki suruh gantungkan.


Dah gantung aku pun godekla barang2 perhiasan badan yang ada. Ada juga yang aku tak gantung sebab keadaan fizikalnya. Risau rosak pulak. Jadi biar dalam kotak.


Seronok ada benda macam ni. Puas hati dan senang nak ambil itu ini. Aqlan pun tak dapat kacau dah. Hehe.

Dah siap tu laki buat permintaan. Dia pun nak jugak. Nak gantung medal dia. Ala aku pun ada medal jugak. Another project incoming la..

Sunday, February 14, 2016

3 Tempat

mula2 lawat kawan opis lama. dia dikhabarkan masuk hospital akibat pendarahan. uri kebawah. doktor suruh dia duduk hospital sampai bersalin. expected date 16 Mac 2016. lama tu...bila ditanya kat mana dah....dah duduk rumah mak dia, so aku pun pergilah lawat dia dulu.

sambil lawat dia, kami makan2 kerepek dan biskut tart. mak dia buat sempena CNY. haaa la..depa ni Cina, aku memang selalu je pergi rumah mak dia masa raya Cina.

Angpow untuk Aqlan. Bukannya dia simpan siap buang..mak dia jugak kena simpankan

lepastu kami menuju ke Setia Alam, ada house warming kawan laki. hari tu dah pergi..untuk kawan2 rapatla...hehe. now jemputan ahli keluarga, rakan taulan dan anak2 yatim. haaa meriah. makan pun meriah. pastu tak larat turun naik tangga kejar Aqlan. rumah 3 tingkat. anak tangga je dah lebih 30. memang tak kuasa aku nak duduk rumah camni hoiiii....aku tetap suka gaya ranch.



nak asar, hujan start turun, kami pun beredar dulu siap2. hujan pun turun dengan lebatnya. kami ke Bukit Jelutong pulak. nak jumpa kawan laki gak...hehehe...ni ada satu cerita...kawan ni dulu duduk Amerika....selepas kematian suami, dia balik Malaysia for good la. jadi masa nak balik dia angkat barang so laki pesan belikan pinggan mangkuk...masa tu tahun 2012. so sekarang baru berpeluang nak ambil. gila lama kan...sekali ambil dengan hadiah kawin dari kawan tu..yang juga dibeli di Amerika..hahaha..adoi 4 tahun lama ok.

sebenarnya ada 1 lagi tempat patut pergi iaitu kenduri kawin anak rakan seopis laki. tapi sebab jemputannya tak bersifat peribadi, kad diberi secara general untuk semua, maka laki berat hati sikit nak pergi. aku ikut saja. sebab perangai aku pun lebih kurang macam tu juga.

Saturday, February 13, 2016

Delete Labels

Delete Labels
how to delete your labels? ahahahaha......tak mampu kan nak pergi edit satu2 entry blog dan delete. penat gila. ya aku pun ada masalah letak label tah apa2. pastu banyakkkkkkkkkkkkk sangat sampai aku menyampah. now aku nak tetapkan 10 label je. ok masa merubah kita.

Info yang sangat berguna ni aku google je..dari Blogger Forum la. mula2 aku tak faham. tapi sekarang aku faham sangat2, fuhhh komputer ni..aplikasi ni...memang bukan kelebihan aku. jap...cara nak edit blog ni juga perlukan kemahiran. web designing programming pun takdak belajar..basic saja aku tahu. tapi apa yang aku dah tahu aku nak share. ok aku nak buat entry blog sebab kot2 aku sendiri lupa balik nak delete labels, baik aku buat blog khas. hehehe.

aku ke sini. memang cara dia paling mudah aku faham. penerangan dia jelas...

Mishka Blogger Top Contributor said:

So you have all the posts with the bad label showing in the list on your post listing and no other posts are there...just the ones from that label? Once you have that, on the left side of the posts at top of the list, there is a grey box with a check box in it. You need to click on this box to select all the posts in the list with that label. Once the checkmark is next all the posts that have the label you want to remove in it, you look to the next button from the grey box checkbox and it is a label dropdown menu. Select from the drop down, the label you want to remove. It will seem like you are applying that label to those posts but since they already have the label on it, it actually removes the label. It is like a toggle switch. Once you have no posts with that label, the label will disappear from the list and your blog as a whole.

hehehe. rupa2nya ko klik balik labels yang nak di delete kan, maka semuanya akan hilang dari entry blog. tapi kalau kau ada 158 entry dengan label "menyampah" maka kau kena buat 4x. sebab setiap kali edit hanya 50 entry dibenarkan.

Friday, February 12, 2016

3 Jamadil Awal 1437H - 2 Tahun Dah Aqlan

genap dah umur Aqlan 2 tahun. hari ni kami pulang ke rumah selepas 2 hari berturut2 bawak Aqlan mandi laut. Tangan dan kaki dia dah ada sunburn. pipi pun dah merah2. hehe.

otw balik kami nak pergi Muzium Tentera, tapi disebabkan faktor masa dan cuaca, batal aje. terusla tunggu masuk waktu Jumaat, laki cari je masjid yang berdekatan. cair jap kami berdua dalam kereta. haha. kepanasan sampai aku pening kepala.

kemudian nak lunch..nak tukar diapers..nak pergi Palm Mall, tapi disebabkan petunjuk ke arah parking agak mengelirukan, aku suruh je laki balik KL. humpppppphhhhhh...

singgah R&R seremban untuk solat zuhur. banyaknya kereta terus menuju ke surau Petronas. cantik dan bersih. baru....renovate kottt...settlekan Aqlan sekali terus. siram badan kasi sejuk.

sudahnya kami pergi Cyberjaya makan di restoran Saba'. aku takde lauk lain dah nak fikir. memang kambing dalam foil je favorite aku. share dengan Aqlan.

lepas tu kami masuk D'Pulze kat sebelah tu. ahhhhaaa nampak ada tren sekali naik RM5. mula aku tak nak je sebab berbaloi ke berapa kali je pusing kan..sekali dah naik aku pulak tunggu bila nak stop. hahahaha...dok counting berapa kali dia bagi pusing. 12 kali ko..puas hati Aqlan. bayar RM5 je. aku kena teman free je, laki dok la tunggu sambil ambil gambar dan video kami berdua. yang enjoy...aku jugak...sangatla menggunakan anak untuk rasa mainan yang kita tak berpeluang rasa dulu2.







dah puas main masuk Daiso, abah dia belikan set keretapi. beli la lokomotif dan 2 tren. lain2 harga. sebiji RM5.30. 3 biji..kiralah. belum beli rail sebab tak lengkap kata laki. budak tu berapa kali tarik kereta kami tak bagi. mata dia..kereta aje.

lepas tu kami balik je sebab Aqlan dah cranky. dah mengantuk. penat sangat tu...


Cocobay Resort Condominium, Port Dickson

Hari ni last day. Baru ceritalah. Selalu post aku hari first day sampai. Kali ni cerita style lain la pulak.

Apartment yang kami duduk ni dicari oleh laki melalui Airbnb. Nasib kami sangatlah baik. Sebab kami plan last minute ke PD.

Owner rumah ni nama dia Steve. Ya..orang putih punya rumah.....kami tempah sebab dari websitenya kami lihat rumah ni nampak cantik.

So bila dah tempat bayar pakai kredit kad. Tiada deposit. Satu malam sewa RM125. Kami tidur 2 malam. Ada caj tambahan untuk cleaning RM29 dan dari Airbnb fee RM33. So total dalam RM312 tapi still murah berbanding duduk hotel. Sebab rumah 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Ada dapur yang boleh digunakan. Semua perkakas ada. Tea bag pun ada. Washing machine. Iron. Ampaian boleh laras. Hampir lengkap untuk sebuah rumah. Buku novel pun ada.

Ok mari lihat gambar dulu.

Welcome guest book dan buku fasiliti

Kaunter dapur. Tetamu dapat 5 liter air mineral percuma. Kami tak habis minum pun. Asyik dok masak air panas pakai air paip. Airnya tak terasa air laut tu yang rilek je buat susu Aqlan pun.

Segala jenis pinggan mangkuk ada. Rumah ni sangat bersih. Lalat ke lipas ke cicak ke semua takdak.

Sofa 3+2+1 siap ada bantal kusyen nak peluk2


TV Astro yang basic. TVnya kecil saiz 21" kot. Haha cam tengok monitor komputer lak. Dah tak biasa tengok cerita kat TV kecik2 tapi on kan aje bagi Aqlan tengok kartun. 

Hiasan semua ada bunga orkid. Yang ni tak lama la atas meja..kena alihkan sebab Aqlan suka main siput2 tu


Verandah penuh pokok2. Pemandangan pun apartmen sebelah.

Bilik air kedua. Aku guna sekali je pastu lampu dia out. Gelap weh..

Ruang membasuh pakaian. Boleh guna mesin tu ya. Semua pencuci ada. Kami tak basuh apa pun. Just sidai baju renang jelah.

Ampaian boleh lipat2. Sesuai untuk sesiapa duduk apartment. Kalau kami tak cukuplah ni. Aku ni memang suka ampaian style dawai or tali. Pasang banyak dan panjang2.

Pasal iron ni aku baru jumpa last day. Laki cakap takde mention iron masa dia booking. Jadi aku bawak semua pakaian takyah iron la. Tudung Hijabiza sudahlah.

Kami tidur 3 orang tak muat okay. Hahaha. Katil ni tinggi. Seramnya anak tu kalau jatuh.

Ada juga barang owner aku tengok kat atas sekali. Tapi tak menganggu pun.

Tuala kat bilik ni aje dah 4. Bilik lagi satu 2 ke 3 helai. Ada tuala mandi dan tuala kolam renang. Tuala tangan takde, aku memang bawak selalu. Tuala besar kami bawak juga in case la kan..

Aku gembira sebab tuan rumah tak kedekut bagi sabun mandi sedap aroma pantai sesuai sangat. Cuma conditioner je takde. Even sabun cuci tangan tu kat dapur pun ada. Memang Dettol..bukan beli lain masuk dalam bekas Dettol. Hahaha.

Bilik air utama. Bilik air besar betul. Yang penting tak bertakung ok..

Bilik kedua ni ada katil lagi bawah katil ni. Boleh la tarik. Tapi bilik ni jadi bilik solat dan tukar pakaian laki je.

Overall kami suka rumah ni.....kami boleh je datang balik dan tinggal di sini. Kami siap sign guest book dan bagi review k. Tapi aku tak snap pulak.. so sape yang datang rumah ni bolehla tengok. Hehe.

Aku rasa Steve tu kawin dengan perempuan Sarawak dan merupakan seorang artist. Ini berdasarkan banyak lukisan pribumi Sarawak dan barang2 hiasan dari sana. Juga dinyatakan dalam buku fasiliti lukisan tidak boleh dialihkan tapi dapat dibeli di galeri. Haaa tang galeri dia aku malas nak cari. So aku takde info pasal tu nak bagi ya.

Maksud artist ialah pelukis ya. Singer penyanyi dan Actress pelakon. Hahaha.