Ahad, 22 Mei 2011

Replace TV

aku tak pernah beli TV seumur hidup. selama ni aku mengharapkan ihsan family je bagi aku entertainment ni.. sekali daa aku pun dah bosan dengan TV aku yang takde remote control-actually rosak..punyala lama aku menahan diri tengok TV 14". last2..aku pun dah tak tahan..

jadi pada 8 May 2011 aku pun ikut En Zainol dan ajak Ping pergi beli TV. en Zainol ni staff ofis aku yang bertugas bukan di APSC. dia ni tahu je lubang mana nak dapat benda murah2 dan berkualiti.

kami pergi ke Darson, Pudu. aku pergi sekejap je dah buat keputusan. sebab apa tau.....



Toshiba Regza 32" LCD TV RM888.00. kau boleh tahan tak? cuba korang rajin pergi tengok kat kedai harga berapa? seingat aku dalam RM1500.00 jugak. aku rakyat kurang pendapatan memang tunggu harga murah je baru beli wei...

nak feeling ada TV best kat rumah, hehehe..takpelah ini kira aku nampak gak duit bonus aku dari aku beli benda merapu kan. mak aku pun takde la penat nak tekan2 kat tepi TV untuk tukar channel. haish...

bila dah siap beli tu macam penat jugak mengangkatnya dari kedai ke kereta. sebab aku parking dekat sekolah Cina kat belakang Jalan Pasar ni. ok aku bagi alamat kot2 ada kawan2 yang teringin nak beli TV murah2..heheh..


DARSON ELECTRONICS SDN BHD
GF 13, 19 KOMPLEKS E-MART
LOT 573 SEKSYEN 62 JALAN PASAR
PUDU, 55100 KUALA LUMPUR

NAH AMIK NO TELEFON SEKALI....03-2145 9328

bila dah ada kat rumah TV tu aku tengok je dia duduk dalam kotak. harus call seseorang untuk tolong pasang.....

proses pemasangan pun bermula...



ok dia pemalu. jadi jangan mengurat dia ok..


cari channel. aku takde astro...aku ni kedekut nak pasang sebab aku bukan couch potato person

titiber gambar pra-raya tahun lepas keluar...sebab boleh cucuk USB..gila teruja aku..macam ni la..sebab tak pernah beli TV kan..memang kesian aku ni...

ok tutup. sebab kitorang nak pergi cari kabel TV connect to laptop pulak.
harga kabel untuk connection tu RM36++ dan kabel audio RM11++ kat TESCO. sebab kena beli lain, takde benda free kecuali kabel connection untuk USB je. dah kata murah kan...anyway thanks to zcat sebab dia yang belanja kabel2 tu dan pasang...okla kena treat dia something..

5 ulasan:

  1. ok tu.. kira murah giler.. kita dulu pun beli tv yang harga runtuh punya. runtuh yang rugi kalau tak sambar.

    BalasPadam
  2. darson mmg murah n kualiti not bad.slalu gak bli brg elektronik kat situ..

    BalasPadam
  3. azmask; setuju..kalu murah harus rembat..jangan tahan diri..hehe

    ratusiput; oooo dah biasa yekkk

    BalasPadam
  4. nokk...pasang astro la...apa kes tv besau takde astro..ada csi..house..best nok

    BalasPadam
  5. mimy; aduh dugaan ni...kalau pasang astro telefon rumah kena potong la....

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.