In

Pagi Syawal 1432H

kerutup daging

ketupat nasi

kuah lodeh



rendang ayam
korang tahu kan, pagi2 sebelum pergi solat raya disunatkan makan. sebab kita dah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. tapi nanti bila Aidiladha, kena puasa pagi sebelum solat sunat Raya. makan selepas balik solat tau..

aku pergi masjid pun dah lambat. dengan Imran je, anak buah yang boleh jadi tok imam...dia ni seorang hafiz. yang lain2 semua tak mandi2 lagi masa tu.. kakak aku pulak sibuk kat dapur nak siapkan makanan bagai untuk dihidang.


jemaah muslimah di Masjid UKM

Masjid UKM, zaman aku belajar kubah dan menara warna biru...oh menggamit kenangan gitu
 
harusla bling2 hehe


kami la beraya di Kajang!
kemudian selepas sesi ber"sahur" sebelum ke masjid tu...kami makan lagi...yeay!

kek buatan anak buahku Biyah

kakak aku yang hiaskan topping gara2 permukaan kek tak lawa..heheheh

ni siapa tah snap tapi memang terbaaik picture ni. kamera samsung.

bersusah payah aku menakik buluh lemang tau... tapi yang tukang kopek Muhammad. budak tu baru je 12 tahun...kuat la tangan dia..pergh..
yer mereka asyik makan, aku asyik snap..Muhammad, Biyah & Ana

Baby & Maryam terselindung pulak

Kak Cupa & anak dara sulung dia

kakak2 buli adik. badan adiknya Ed bukan main besar

dengan Imran. muka ku terlebih expose sudahhh


 Baby & Dina..budak2 comel yang pandai baca buku...

bakal doktor gigi..bagus makcik boleh pergi dapatkan rawatan harga murah kan...kan...

aku suka gambar ni....dengan Maryam..bakal nak ambil PMR lepas ni.

Read More

Share Tweet Pin It +1

5 Comments

In Resipi

Kerutup Daging - Bukan Dari Buku Resipi SEDAPNYAAA..Chef Wan

iyer ini resipi aku..dah bertahun aku masak daging kerutup ni yang diolah bahan-bahannya berbanding apa yang ditulis dalam buku resipi Chef Wan bertajuk SEDAPNYAAA.... buku resipi ini kali pertama diterbitkan dah beberapa tahun pun aku tak ingat. mak aku beli dengan harga RM60. tanda sokongan kepada anak jiran. yer dia jiran sekampung...tiap2 tahun pergi raya rumah mak dia..cuma tahun ni je tak sebab aku raya di Kajang, mak aku raya di Terengganu.

aku mula memasak ni pada hari Isnin.

proses marinate - ketumbar, jintan putih, jintan manis, lada hitam, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah keras, buah pelaga semua diblend bersama. kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit. perap ikut suka berapa jam. 1-2 jam pun ok dah kalau nak cepatla

tumis bawang kecil, cili padi, bawang putih, serai, lengkuas, kunyit hidup & halia yang diblend bersama

masukkan cili kering yang dikisar

sampaila mendidih

masukkan daging, santan

kerisik

kacau2la....jangan sampai berkerak..masukkan air asam jawa, asam keping, gula, garam..dan aku suka masukkan gula merah juga

masukkan daun limau purut, serai diketuk & dan daun kunyit yang dihiris halus

bila kering dia jadi macam ni

hidang! yeay!



makan dengan ketupat la.....tak pun lemang ke...( ini ketupat belum rebus)

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Granny & Her Granchildren

Hari ahad pagi2 lagi dah kena pergi pasar dengan kak cupa dan ana. argh jam 8:30 pagi tu tak biasa bangun time tu di pagi ahad....kerana nak raya...maka kena berkorban juga.

ana memilih ikan2,udang & sotong....maka habisla wang RM27.70 + RM3.40

kakak aku pilih sayur2


aku pun membeli juga bahan2 untuk masak kerutup. argh macam ingat2 lupa je nak masak. yelah masak setahun sekali.

bila dah petang aku masak spaghetti carbonara. tapi semuanya siap lepas aku solat maghrib. sebab? aku berebut guna dapur kak cupa yang bertungku dua tu untuk masak. sebenarnya tanak masak lebih2..tapi tiba2 katanya anak buah dan cucu2 nak datang buka puasa. ok kenalah masak macam2 risau tak cukup. kak cupa ni anak dia sendiri dah 8 orang. dari yang kecik sampai besar semua puasa. hebatla maria baru 5 tahun tapi puasa penuh. aku puasa penuh pun start umur 9 tahun. hehehe.

yer kuahnya banyak dan tercair pulak...tapi masih rasa sedap (perasan)

ini sebelum licin

banyak ni je aku makan, masak banyak.

kakak aku masak banyak tapi aku tak snap pulak. hehe...mari layan gambar my grandchildren....(aku granny yang muda...huahua)

Nur Muhammad At'har 2 bulan menangis air mata meleleh..tapi kejap je aku pujuk2 dia sementara ibu dia makan

kan dah baik heheh

ini gangster ika dan adeeb

Muhammad Adeeb Mikael

ini tok Imam - Muhammad Imran, seorang hafiz al-Quran

Hayatun Hidayati isteri anak buah & anaknya, anak buah aku Halimatus Saadiah dengan anak ke-3

Mabrurah

ni gambar2 tak bersedia

ni kengkonon bersedia

ada seorang granny eh 2 orang...hehe

dah tukar baju....

Shafiqah. sangat ceria orangnya...hihi
dah berborak2 tu macam2 cerita keluar. tapi anak2 buah ni beradab...sempat jugak usik makcik yer..haippppp!

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Restoran Ruz Aladdin, Ampang

selasa lepas buka puasa nasi beriyani dengan kawan2 ofis. takdela ramai yang join. menjoinkan diri pun atas jemputan.

aku sampai awal jugak. kata sebelah ampang point je..walaupun begitu...nak jalan kaki trafik amatla sesak...nak lintas ngeri..bawak kereta..ha....sekakngkang kera pun boleh jadi 20 minit!

parking banyak lagi masa tiba, tapi aku parking jauh sikit dari restoran sebab senang nak keluar balik dan u-turn semula ke jalan ampang. kalau parking area restoran alamat kenalah lalu flamingo. berani kalau, pancungla ke kanan sekali...tak sanggupla...

beriyani kambing RM18

tambah teh ais RM2.80
beriyani ayam masak merah

bestfriends. nadia & fahada
total kitorang makan semua hari tu dalam RM270++. aku bayar RM11 je. eh ada yang sponsor makan. rezeki murah betul. oh yang datang;

  • seorang bayi kecil perempuan
  • 3 lelaki dewasa
  • seorang kanak-kanak lelaki
  • 2 orang wanita dah berkahwin
  • 6 wanita bujang

tempat solat disediakan. tapi yelah sementara je kan..jadi messy sikit.
anyway kalau takde tempat solat takdela orang datang kot. set buffet RM45.

alamat;-
Ruz Aladdin Restaurant - Briyani Gam Johor
Lot 1243, Jalan Ulu Klang,
Batu 4, Ampang Point,
68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
Business Hours: 11:00am to 11:00pm (daily)
Tel: +60 3 4251 6463

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...