Ahad, 14 Ogos 2011

Bubur Lambuk Emak

setiap kali Ramadhan datang, bubur lambuk macam dah jadi satu juadah kemestian. banyak dijual, banyak diberi percuma..aku pernah makan yang percuma dari De Palma Hotel Ampang & dari Masjid Jamek Kg Baru.

tapi.............

bubur lambuk air tangan mak sajalah ang buat aku kecur. takdelah aku nak pergi rebu2/beratur ambil bubur lambuk percuma. buat apa ambil lepas tu kata tak sedap.lebih baik bagi orang yang tak mampu menyediakan juadah berbuka ambil. bukankah itu tujuan asal.

Sabtu aku sanggup ke KD. hari sebelum tu..sebenarnya hari2 sebelum tu aku asyik telefon mak minta dia masak bubur lambuk. rasa tak lengkap kalau tak makan bubur lambuk mak bila bulan puasa.

maka.......................inilah yang aku dapat....................

seperiuk bubur lambuk

bawang goreng

dun bawang

begedil daging

makan 2x round. lepastu nak lelapppppppppppp je...
kemudian mak bagi aku tapau. siap suruh bg Ping. nasib rumah dekat senang nak bagi..hehe

6 ulasan:

  1. pandai la mak ko buat bubur lambuk...mak aku tak reti

    BalasPadam
  2. kakcik; saya tahu buatnya..tapi suka mak buat..nak manje2...heheh

    mimy; aku tak pandai masak bubur ni...

    BalasPadam
  3. sedapnya bubur lambuk..bubur tu masak tumis dulu rasenya...

    mak maska apa pun mesti sedapkan...

    BalasPadam
  4. MIL aku buat masa 1st puasa ari tu, lepas tu takde lagi aku makan

    BalasPadam
  5. hanim; satu minggu asyik mintak masak...akhirnya dapat..

    ann; ko tak makan yg kat masjid kg baru ke?kan dah dekat tu

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.