Isnin, 29 Ogos 2011

Granny & Her Granchildren

Hari ahad pagi2 lagi dah kena pergi pasar dengan kak cupa dan ana. argh jam 8:30 pagi tu tak biasa bangun time tu di pagi ahad....kerana nak raya...maka kena berkorban juga.

ana memilih ikan2,udang & sotong....maka habisla wang RM27.70 + RM3.40

kakak aku pilih sayur2


aku pun membeli juga bahan2 untuk masak kerutup. argh macam ingat2 lupa je nak masak. yelah masak setahun sekali.

bila dah petang aku masak spaghetti carbonara. tapi semuanya siap lepas aku solat maghrib. sebab? aku berebut guna dapur kak cupa yang bertungku dua tu untuk masak. sebenarnya tanak masak lebih2..tapi tiba2 katanya anak buah dan cucu2 nak datang buka puasa. ok kenalah masak macam2 risau tak cukup. kak cupa ni anak dia sendiri dah 8 orang. dari yang kecik sampai besar semua puasa. hebatla maria baru 5 tahun tapi puasa penuh. aku puasa penuh pun start umur 9 tahun. hehehe.

yer kuahnya banyak dan tercair pulak...tapi masih rasa sedap (perasan)

ini sebelum licin

banyak ni je aku makan, masak banyak.

kakak aku masak banyak tapi aku tak snap pulak. hehe...mari layan gambar my grandchildren....(aku granny yang muda...huahua)

Nur Muhammad At'har 2 bulan menangis air mata meleleh..tapi kejap je aku pujuk2 dia sementara ibu dia makan

kan dah baik heheh

ini gangster ika dan adeeb

Muhammad Adeeb Mikael

ini tok Imam - Muhammad Imran, seorang hafiz al-Quran

Hayatun Hidayati isteri anak buah & anaknya, anak buah aku Halimatus Saadiah dengan anak ke-3

Mabrurah

ni gambar2 tak bersedia

ni kengkonon bersedia

ada seorang granny eh 2 orang...hehe

dah tukar baju....

Shafiqah. sangat ceria orangnya...hihi
dah berborak2 tu macam2 cerita keluar. tapi anak2 buah ni beradab...sempat jugak usik makcik yer..haippppp!

1 ulasan:

  1. bagus jugak ada blog ni, kalau lupa nama cucu, boleh refer balik kat sini..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.