Selasa, 30 Ogos 2011

Kerutup Daging - Bukan Dari Buku Resipi SEDAPNYAAA..Chef Wan

iyer ini resipi aku..dah bertahun aku masak daging kerutup ni yang diolah bahan-bahannya berbanding apa yang ditulis dalam buku resipi Chef Wan bertajuk SEDAPNYAAA.... buku resipi ini kali pertama diterbitkan dah beberapa tahun pun aku tak ingat. mak aku beli dengan harga RM60. tanda sokongan kepada anak jiran. yer dia jiran sekampung...tiap2 tahun pergi raya rumah mak dia..cuma tahun ni je tak sebab aku raya di Kajang, mak aku raya di Terengganu.

aku mula memasak ni pada hari Isnin.

proses marinate - ketumbar, jintan putih, jintan manis, lada hitam, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah keras, buah pelaga semua diblend bersama. kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit. perap ikut suka berapa jam. 1-2 jam pun ok dah kalau nak cepatla

tumis bawang kecil, cili padi, bawang putih, serai, lengkuas, kunyit hidup & halia yang diblend bersama

masukkan cili kering yang dikisar

sampaila mendidih

masukkan daging, santan

kerisik

kacau2la....jangan sampai berkerak..masukkan air asam jawa, asam keping, gula, garam..dan aku suka masukkan gula merah juga

masukkan daun limau purut, serai diketuk & dan daun kunyit yang dihiris halus

bila kering dia jadi macam ni

hidang! yeay!



makan dengan ketupat la.....tak pun lemang ke...( ini ketupat belum rebus)

6 ulasan:

  1. Akak orang kelantan yang sinonim benar dgn kerutup daging ni..all in the family suka dan hidangan wajib kalau kenduri kendara. Setiap keluarga ada resipi tersendiri.

    BalasPadam
  2. hani; ye ker.....

    ratu; hampir sama je.....tapi namanya kerutup...rasanya meletup2 pedas

    BalasPadam
  3. sedih nok...nanti ko buat la utk aku yg kempunan..apa beza rendang dan kerutup?

    BalasPadam
  4. sian ko....lebih kurang je kerutup dgn rendang tu..cuma rasa dia lain...

    BalasPadam
  5. aku tengok balik buku Chef Wan lain sikit resipinya, kira aku dah menambah rempah ratus ikut kepala otak aku

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.