Sabtu, 20 Ogos 2011

Deko; EKTORP Sofa By Ikea

ah inilah yang ditunggu2 sejak Rabu...erm actually kan dah berkenan sejak Sabtu lepas. ahahah..alhamdulillah..akhirnya ia sampai juga ke ruang tamu rumahku. setelah bertahun jugak aku inginkan sofa....macam aku cakap..aku kena dahulukan apa yang penting dulu...erk sekarang ni sofa dah jadi benda pentingla ye? erk...nak lepak2 lepas balik kerja..atau saja nak tido2....sambil TV tengok aku..hehe

lori kuning datang jam 4:20. ikutkan jadual datang jam 5ptg.. 

ini gambar sebelum sofa dipasang

mereka sangat pantas



4:30 diorang balik. giler cepatkan diorang pasang....

haha aku pun melepak....yaayyyyyyyy!!!

bagi yang berminat nak beli...aku citer habis2 berapa kos2nya..ya..takut terkejut macam aku kan..itu pasal aku dah sengkek ni...hehe

Harga sofa EKTORP 2 seater dengan jaminan 10 tahun: RM570.00
Harga sarung kusyen(ko ingat free?): RM399.00 

harga berbeza mengikut jenis kain... kain sofa aku ni warna idemo light brown...(kalau tak silap la..merah memang cantik tapi aku rasa macam neena punya pulak..ahaks)

Kos penghantaran: RM65.00
Kos pemasangan: 5% dari harga nilai barang..jadinya...kena RM48.45

maka kos semuanya ialah: RM1082.45

mahu aku tak gelabah....bawak duit ngam2 je..hahaha..tapi muka cool giler depan cashier bahagian home delivery...masa bayar di kaunter Ikea, zcat bayarkan dulu.guna kad kredit dia sebab nak points..banyak tu..selang 2 minit je bank sms dia kata jika belanja RM1000 kat The Curve dapat percuma barang apa tah..wah wah..kat Ikea tak dapat ke cik CITI oiii..

apa pun aku enjoy dapat sofa ni....dah bayar balik pun cash kat zcat..hihi thanks banyak2 sebab temankan i shopping di hari yang KL kena kerja...

ok lepas ni ada lagi yang aku beli....memang aku terkopak terbelah dah ni....

9 ulasan:

  1. itu sebabla aku beli cik puan ratu....sofa murah ada je...tapi berapa lama boleh tahan kalau dah setiap masa kat rumah nak lepak atas sofa jee...hehe

    BalasPadam
  2. so total dekat 1k? waaahhhh 2 seater je tuh.. x pe, kalo dah minat beli aje..

    BalasPadam
  3. mahal tp jaminan 10 tahun...tp aku tak sanggup...hehe murah je la sofa aku nanti...

    BalasPadam
  4. IKEA mmg camtu...kena check betul2.....tp bagus kalau ada warranty ni apa2 hal senang...

    BalasPadam
  5. kalau hati nak yang jaminan...kenalah bayar harga jaminan tu..pandai kan ikea ni... model klippan murah ke RM349 pun dapat 2 seater tapi kusyen dia tak best...

    BalasPadam
  6. mcm ada hidden charges lah yer..kene hati2 ni...

    kalu mahal tp hati puas n senang hati ok lah tu..ada 10 tahun jaminan plak tu..

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Kalau lebih awak 4 ke 5 kaki ketinggian maka kaki naik atas arm rest. Kalau nak baring penuh selesa ambikla 3 seater.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.