Selasa, 25 Julai 2017

,

Beli Novel Pelaris Secara Terus Dari Penulisnya

Aku memang suka baca buku. Cuma kalau ada masa senggang yang panjang.. Sebab kalau dah start baca I cannot stop..unless ada apa2 kejadian hal mustahak.

Pasal novel Pelaris ni aku memang order terus dari penulisnya; Muhammad Fatrim Syah. Dia ni salah seorang penulis yang novel2nya diterbitkan oleh Buku Fixi. Jadi aku kenal dia melalui novel Asrama. Pergh Asrama tu...aku kena baca lagi sekali kot...sebab dah keluar yang kedua pulak dah....

Order memang dah lama, hujung bulan 5 kot. Tapi baru dapat sebab Ayim (nama panggilan penulis ni) terbitkan sendiri. Jadi aku percaya dia perlu modal dari pembeli2 yang juga merupakan pengikut novel tegar dialah untuk dapatkan wang. Dah terbitkan sendiri kena ada wang sendirilah untuk dibayar kepada pengilang. Kalau orang lain terbitkan, tak perlu pening sangat kan..kutip duit royalti jelah. BTW Asrama tu nombor 1 jualan dia sehingga sekarang,...fuhhhh aku doakan Ayim terus maju jaya..

Nak review memang takla, baru baca sampai mukasurat 101. Pastu migrain kan aku kena stop. Teruk migrain hari ni. Terbengkalai projek kemas bilik Aqlan tu. Makan panadol dan tidur jelah.

Novel ni takkan dijual dimana2 kedai. Sebab Ayim cakap special edition. tu pasal aku pun tergedik2 nak beli. Masa tu duit dalam bank nak buat transfer pun tak banyak. Haha selalu online aku bayar guna Maybank. Aku suka belanja guna RHB jadi di situlah laki letak duit belanja. Bilalah nama aku nak naik menang RM10,000 ni bila berbelanja guna kad debit RHB. Aku tunggu jugak mana tahu rezeki kan.. Kalau menang RM10,000 tu...alamat ada yang berpoya2 di Ikea lagi. Hahahaha..

Siapa nak beli novel ni sila DM Ayim di IG dia. Cari je Muhammad Fatrim. Dia baik, layan peminat2 elok2 je. Hehe. Macam2 dapat beli novel dari dia..Kecuali Domo tu taklah..tu beg lama aku, sekarang nak bagi Aqlan. dia suka pulak beg tu.



2 ulasan:

  1. hahhahhah kna hantar petisyen suh ikea lantik hang jadi duta depa neh! puhh kiri puh kanan.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh aku biasa2 je, belum tegar lagi..hehe..tapi bila laki nampak aku beli barang dari Ikea yang disorokkan dia akan gelak2. haha

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.