Ahad, 16 Julai 2017

Rezeki Tak Diduga

Hari ni pergi makan sup Suki-Ya kat Da:Men. Badan tu dah start nak demam. Apalah lembik kan.

Lepas makan cari ubat gatal macam yang pernah dapat dari doktor kerajaan sebelum ni. Dah habis. Elok juga makan kurang menggaru bila cuaca panas aku mudah dapat ruam. Macam budak2.

Lepas tu beli juga pencuci muka dan kain lap muka cuci mekap. Semua Bifesta. Malas dah aku nak beli online dah alang2 ke kedai.

Ingat nak balik dah sebab masa tu aku je kat kedai diorang kat kedai kasut. Sekali diajaknya ke kedai kasut juga. So...terpengaruh juga nak beli kasut. Hahaha. Mula2 tak terkesan di kedai kasut sukan. Aku rilek je tengok staff kedai tu bagi Aqlan pakai kasut ada LED keliling. Siap boleh caj dengan USB port pun ada. Harga memang ermmmm tapi LED boleh tukar2 warna tu. Sekali takde saiz. Hahahaha.

Kemudian nak balik tu nampak pulak kedai kasut Shop Gallery under Parkson. Masuk juga sebab teman adik ipar nak beli kasut kerja. Tadi dia dah beli kasut sukan. Aku pun masuk takde perasaan...last month kan dah beli 2 pasang.

Masa dia ambil2 kasut murah2 je dapat. Try banyak. Laki dan anak aku dah ke kereta..kata kami 15 minit je. Pastu tiba2 aku nampak kasut Princess teringat zaman belajar beli di Jalan TAR. Sajalah tengok kot ada kasut warna nude. Macam teringin nak ada sepsang. Dah jumpa pulak. Haish nasib ada lagi lebihan duit laki bagi tau. Dah jalan2 sedap pulakkk. Tak hingat berat badan tu...yakin sungguh ni..stiletto lagi. Tapi bukan 5 inci la. 3 inci je kot. Amik saiz 39 sebab kalau saiz biasa aku iaitu 38 kang tak leh nak tampung hujung kaki lebar nak pakai stiletto kannn..kena bagi ruang lah kat hujung kaki jangan bertindih sesama jari kaki dapat bunion kang.

Masa tunggu adik ipar lak ada seorang Cina perempuan datang dan borak2. Pastu tanya kami nak resit tak? Kami pun pelik..tapi adik ipar aku laju je cakap naklah..sebab ingat dia nak resit kasut sport tadi kan boleh claim income tax barang2 sukan.

Rupanya nak jadi cerita kalau beli barang di Shoe Gallery Parkson Da:Men dan Fahrenheit dapat benda2 free bila sampai level harga jumlah resit tertentu. Sibuk orang tu cerita pasal dapat beg. Kami pun pelik terus nak ke kaunter tanya. Dia pun ikut bila dia tahu aku pun beli sepasang. Ha lah dah beli 2 pasang kami berdua dah berapa kan. Pastu dah tanya2 staf kami tak pedulikan dah orang tu. Hahaha..terbongkar okay..patut la beria baik dengan kami..




First RM150 dapat beg kain guni tu. Cantik. Cecah RM250 dapat bekas kaca tutup plastik yang boleh simpan makanan dari freezer ke microwave. Wahhhh.. pastu dapat RM10 cash voucher sebab dah belanja over RM150 nilai barang tanpa GST ya. Kemudian kata staff lagi pergilah kaunter concierge dapatkan parking free. Semua ni sampai hujung bulan Julai 2017 ya..

Dah nak balik nak minum air Starbucks pulak. Suka nak yang perisa baru ni Irish Pudding. Yang adik ipar beli kat Juice Works. Beli la juga untuk laki. Kang boleh pujuk lama sangat shopping tu..haha..


Pastu singgah KD jap jumpa mak bagi barang2 untuk Kak Ma. Mak nak ke KT hujung bulan ni. Mak ajak tapi Mak nak balik Koyan dulu. Aku pulak tanakla lama2.. kang duduk Koyan dah berapa hari pastu ke KT berapa hari pulak. Lama tu tinggal laki walau laki dah bagi izin.

Siap jumpa mak ke kedai Ustaz pulak beli screen protector hp aku ni. Jadilah kan..sebab yang hari tu dah tak elok. Dah ada bubble. Aku punya screen ni actually 2x protector dia. Haha. HP dah lama dah 4 tahun tapi masih elok. Kadang2 je biul tu on off jelah.

Selesai semua kami barulah balik. Dapatlah solat di 2 masjid berlainan. Alhamdulillah. Dah sampai rumah adik ipar kata kasut tu dia bagi hadiah Birthday la. Wah tadi kan guna duit dia sebab nak kumpul point jadi ingat nak bayar dah tapi dapat free pulak..syukur..hehe.

Kedai runcit baru..aku tak masuk tunggu dalam kereta je sambil riba Aqlan tengok Hello Kitty.

Kedai spek kat BK5 cam menarik je

Nampak gaya selsema datang semula.

Aqlan nangis tengok youtube Hello Kitty keluar air mata. Haha..adoiiii. Katanya Hello Kitty is sad. Terus dia teresak-esak ko.. bukan sekali tengok mahu 10 kali 10 kali keluar air mata sedih. Lawak betul tapi itulah jiwa dia.. taklah kasar ada perasaan emosi semua..sensitif rupanya anakku ni.

6 ulasan:

  1. hahah comel jer tgok kartun bolh nangis. sm la dgn kita tgok citer sedih pun boleh hujan haha

    BalasPadam
  2. Alololo comel betul...hihi...nanti kalau akak ke kt..ada rezeki kita jumpa nak...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nini KT di mana? Kita ramai kawan di sana sebab sekolah menengah kat situ dulu..hehe

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.