Sabtu, 29 Julai 2017

Kak Pa Sekeluarga Datang Bertandang

Syawal dah tamat beberapa hari sudah. Tapi amalan Ziarah Menziarahi ni anytime pun boleh kan. Kalau tak...setahun sekali jelah jumpa. Tu pun...kalau dapat berjumpa.

Nak jumpa ni pun lama juga plan nya. Aku dok plan dengan Yuhana. Sebab teringin nak jumpa anak dia dah besar..lama tak jumpa dah.. Aku pun baru sihat sepenuhnya, syukur alhamdulillah. Sebab nak masakkan untuk diorang dan boleh melayan jadi memang berharap diri ni kuatla. So Yuhana datang dengan Kak Pa dan beberapa orang adik2nya. Adik beradik dia 8 yang ikut 3 orang je. Total semua 7 orang yang datang.

Kali ni masak Nasi Mediterranean. Guna ayam drummet. Selalu aku pakai fillet tak sedap sangat. Pakai drummet lagi syok..hehe. Masak juga kerutup daging..whoahhhh ingat tahun ni tak masak langsung tapi sendiri teringin nak makan masakan sendiri. Haha. Buat puding roti dan dadih. Buat pesanan kat Kak Pa minta tolong belikan lemang periuk kera. Nak merasa katanya.

Diorang sampai jam 2 petang. Aku dah tunggu siap2. Hehe. Suap Aqlan siap2 supaya senang nak melayan diorang nanti. Memasak memang sejak pagi2 lagi. Senang daging dah rebus dalam periuk tekanan semalam lagi. Puding pun dah buat sekali malam tadi. So pagi ni memang masak kerutup, nasi dan buat dadih. Laki buat air 2 jenis.



Ayam ni patut semua masuk dalam nasi tapi tak muat periuk. Aku dah marinate siap2 tu jadi separuh masuk dalam nasi, separuh lagi goreng guna minyak sapi. Tohor je tau. Laku pulak. Yang ni habis dulu. 



Lemang periuk kera. Banyak ni RM20. Laki suka betul makan. Aku makan satu je. Pulut kan aku risau sakit kepala pulak.

Puding roti coklat hazelnut Gardenia


Yusuf ni hampir dapat adik hujung tahun ni, tapi mamanya keguguran pula baru2 ni. Jadi salah satu sebab dia balik Bangi ialah nak berurut.


Aqlan memang suka kalau ada orang datang. Boleh ajak main

Kemahen lentok atas Nanny.


Syok melayan diorang ni makan. Bertambah2. Haha. Alhamdulillah cukup semua. Lega ok. Bab ajak2 orang makan ni paling ngeri kalau makanan tak cukup. So Yusuf yang berumur 11 bulan tu pun boleh tahan makan nasi, puding dan dadih. Pastu aku siap tapaukan untuk diorang desserts. Haha. Buat banyak kan. Sebab jangka ramai datang. Anak kak Pa 9 orang. Yang datang 5 termasuk menantunya, Ahmad.



Aku, Kak Pa, Ahmad, Yuhana, Rabiyah, Yusuf. Kemudian Ayub, Aqlan dan Mariah.

Bila dah ada beberapa pengalaman masak2 camni bolehla aku bajet2 lain kalau nak masak banyak2 mana untuk jumlah tetamu tertentu. Suka je tetamu datang rumah. Mereka kan bawak balik dosa2 kecil kita.

Selepas balik laki bercerita dia nampak Yuhana cuci2 gigi anak dia dengan jari lepas makan..doktor gigilah katakan..hehe.

Hari ni tetamu dapat rasmikan set kutleri. Beli dah lama sangat. Seingat aku zaman anak dara ke awal2 kahwin 5-6 tahun lepas. Ntah aku pun dah lupa beli secara online dengan siapa. Zaman tu kan Dealmates, dan seangkatan. Takde lagi Lazada.

8 ulasan:

  1. kalau gather2 ni mmg best sambil makan2..
    esp air tangan kita kan.. rasa puas.. tapi suspen kalau food takut tak kecukupan je.

    tu diaaa.. set beli masa anak dara tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang puas masak sendiri kak. Set tu kalau harga la ni mesti telan air liur je nak beli. Tataula harga barang sekarang boleh nangis.

      Padam
  2. wah 9 orang anak2., pengsann nak jaga., tapi bercukur je kann., alhamdulillahh ;p

    BalasPadam
  3. maksudnya apa! dah sampai masanya Aqlan ada geng hahahaa..
    hari tu ada buat jamuan kat sini, first time makan periuk kera..sebelum mkan terbelek2 hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita pun baru first time makan lemang periuk kera tu. Alhamdulillah sedap.

      Padam
  4. pndainya msk banyak2...sy neves nak msk byk2...heheheh tapi kalu niat tu boleh, mesti jadi punyakan....nama menu awk anis nasi mediteranean..ayam tu smpak sedap...grg ayam ngan minyak sapi tu kena deep fry ke apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakai 3 sudu besar minyak sapi vanaspathy Adela. Jangan pakai lebih atau kurang. Rugi nanti hilang pulak perasa hasil marinated tu.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.