Ahad, 30 Julai 2017

,

Ke 1 Utama Setelah Sekian Lama

Rasa dah setahun tak pergi. Asalnya nak pergi Isetan je nak guna baucer. Esok last day..esok hari kerja takde maknanya nak ke mall.

Mula2 nak ke MidValley tapi ya ampun panjangnya jammed.. so terus ke 1 Utama. Sampai2 je Asar dah masuk terus solat kat surau First Avenue punya parking area kat Concourse.

Kemudian Aqlan yang dibangunkan dari tidur masuk2 mall terus nak kereta dari kedai mynews tu. Memang tak belikan la sebab semalam baru je beli dalam Tesco. Bila bagi balik dia tanak. Siap amik keta dan bawak ke kaunter nak bayar..pakai apa weiii..aku minta laki pergi pujuk anak..tak makan. Last2 aku dokong dia dan berharap dia dapat naik kereta tolak untuk kanak2 tu.

Sampai2 depan AEON tu nasib ada concierge kat situ. Dulu takde. Pastu aku nampak keta tu satu je tinggal. Terus aku minta laki isi borang.

Pak guard bawak keta terus Aqlan naik. Dia memang terus diam bila aku cakap nanti kita naik keta..alhamdulillah dapat.




Settle semua kami ke Sushi Zanmai. Makan2 pun baru first time. Aqlan makan ikan bilis tempura. Kemudian terus ajak naik keta balik. Laki dan adiknya tak siap makan lagi.ada makanan belum tiba. Aku pun terus jelah keluar bawak dia jalan2 sebelum apa2 kan. Dah masuk Tangs dia keluar pulak..terus tanak naik. Boleh pulak dalam sesaat dua dia hilang kejap dari mata. Jumpa2 tengah belek2 barang perhiasan wanita. Siap amik gelang bagi aku..amboi ko nak, nak belanja pakai duit raya ke..? Staff yang jaga terus terkocoh2 datang dan amik dari Aqlan cakap ni mudah putus..ermmm...yolah..

Dah Aqlan tanak naik kami pulangkan dan kena bayar RM3. Kad kiddo ada je dalam beg kad aku rupanya..laki pulak ingat nak isi borang lagi..kalau nak kad baru caj RM10 in case kad lama tu hilang. Adoii..masa ni kami bertiga pergi Melaka Corner minum teh ais sedap. Laki nak tapau je.



Akhirnya baru masuk Isetan. Tapi sempat pulak beli makanan untuk Aqlan di Lavender. Tatau nak beli apa...di Isetan tu..voucher ada RM16. Tak guna rugi esok mati satu, satu lagi end of Dec. Malas nak simpan kot2 lupa kan. Last2 aku beli lingerie je. Pastu balik. Nak singgah mana2 tak dapat sebab Aqlan ligat sangat. Kami semua main kejar2 dalam mall. Laki aku dah penat. Balik jelah..sian aku tak dapat masuk Nichii..sobs..



2 ulasan:

  1. Thanks sebab sudi komen kat blog SA...SA singgah membalas kunjungan..One Utama memang tempat SA lepak cuci mata...shopping pun kat sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu je baca blog SA, tapi kita jarang komen...hihi macam kita cakap apa yang perlu je...dulu masa bujang puas dah shopping sini.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.