Khamis, 27 Julai 2017

Budak Memang Suka Naik Kereta

Semalam anak buah sampai lewat ke rumah. Sesat sampai jauh2. Aku pulak menunggu dia sampai tertidur masa tidurkan Aqlan. Masa sampai dah jam 1 pagi. Barulah terhegeh2 nak sarungkan cadar semua. Tah kenapa tak buat sebelum tidur tah.

Hari ni dia balik ke rumah kak Pa di Bangi pulak. Katanya nak beg je. Tataula tumpang tidur ke tak. Banyak juga khazanah bagi dia bawak balik untuk umi dia di KT. Yanh dikirim kat Ikea, yang dibelikan..yang diberikan.. apa2 yang eloklah. Tak elok kita humbankan aje. Kalau kain baju tak elok buat kain lap kaki sudah. Jangan bagi orang. Tak elok perangai macam tu.

Sebelum balik sempatlah bergambar. Sudahnya Aqlan nak naik kereta. Kereta anak buah bunyi power. Budak ni pun cakapla sports car. Haaa bawakla jalan satu round kat taman ya. Jadilah.




Muka cam sedih bila nak gerak keta ni..

Sempat potongkan kain seluar dari jenis jeans. Imran minta kita jahitkan. Kemudian seluar contoh tu dia ambik balik nak pakai. Hahaha.

Dah babai semua ajak naik..guling2 kejap terus tidur. Hahaha..alhamdulillah hari ni elok dia makan ayam goreng dengan kuah kicap. Lap dahi aku takyah masak lain untuk dia..

2 ulasan:

  1. betul2 budak2 mmg suka naik kereta apatah lg yg sport car tu yg bentuk nukyi nya yg lain dr kereta standard...

    hahahha yg lap dahi xyah msk lain itu klako....tulah yg pnting anak tu punya mknan, mcm kita ni mkn apa yg ada je..utk suami nnti2 msk lain...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, kadang telankan aje masakan untuk anak..memangla kurang macam2..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.