Selasa, 11 Julai 2017

Surprised 40th Birthday Gifts

Bila laki dah balik dan siap belikan barang2 masak yang dipesan, aku pun turun ke dapur untuk sediakan judah berbuka kami. Semasa di dapur, tiba2 dia datang buka pintu ice box dan keluarkan sejambak bunga...wah surprised, ingat dah takde sejak dah naik level makin tinggi ni. Yelah masa zaman bekerja, berkenalan tu kemain selalu dapat bunga di ofis pada harijadi. Jealous jap kawan2 tengok kita dengan bunga segar setiap kali sambut birthday.



Bukan maksud nak demand kat laki walau dalam hati tu masih cakap oh tak lengkap birthday takde kek...hihi..Dah 40, redha jelah.

Disebabkan puasa (dulu2 masa kerja sanggup ambil cuti sempena birthday nak kelaur makan sedap2..hahaha), jadi memang makan dirumah je. Masak nasi Beriani ayam dan Apple Pie yang dibakal dalam oven toaster. Mencari resipi di google mudah2 je. Epal kelmarin yang banyak sangat dipotong tak laku baik aku buat dessert.


Bakar gunakan bekas silikon lebih mudah dicuci. Jangan bimbang tak mencair ok. 

Aqlan pulak menunjukkan balik ciri2 tak sihat dia tu. Jadi kami cadang jumpa doktor selepas Isyak. Aiseh kena salin balik resipi beriani kali ni aku mix up dengan 2 resipi. Come out sangat sedap kata laki, inilah yang dia suka...wahhh..Begitu juga dengan apple pie pun sedap. Kulit guna yang sedia beli je, pastri jenama Kawan.

On the way ke klinik nampak A&W cakap dengan laki balik nanti nak minum air sedap. Nak rootbeer float. Teringat kesedapan airnya. Takpelah kek takde...Semalam minta kek Anis Moist Cake yang biasa di jual di Petronas pun takde. Jumpa doktor banyak juga dapat info pasal kesihatan anak. Doktor ni pun rajin melayan. Ok ketinggian Aqlan 97cm dengan kasut.

Lepas tu ke Petronas la. Adik ipar lak tanya2 kat mana? Dia nak join baru balik dari gym. Masa tu aku dah makan float dah. Hehe. Dia dah sampai, order pastu keluar balik. Laki cakap dia pergi alih kereta. Ok aku pun sambung makan lagi sambil tengok pekerja dah angkat2 kerusi letak atas meja. Orang lain masih ada je datang tapau. Kami lak nak minum2 dalam kedai. Pastu aku mintak laki ambilkan gambar2 aku minum float. Hahaha..Hp sendiri dah mati bateri..anak aku la asyik pinjam.


Pergi klinik je kan memang tudung sarung jelah. Tudung ni asalnya awning dan dagu takde, aku tambah sendiri.



Tiba2 Aqlan yang berdiri menghadap pintu keluar cakap its Mummy, its a cake!

Masa ni memang terkejut sangat. Tapi muka aku takde fake ok buat2 terkejut memang takk..

Budak excited nak makan kek.




Kek dari kedai Cake Sense. Sangat sedap.

Whoah...rupanya surprised cake dari adik ipar siap lilin ada 4 tapi dah mati 1 apinya. Hahahaha. Staff pun terkejut dengan adegan orang buat parti tiba2 dikala kedai nak kena tutup...haha terima kasih adik2 staff A&W Bandar Kinrara 5. Sebab korang tak push kami balik, sebaliknya terus servis macam biasa, padahal dah jam 10 malam. The rest apa lagi, menumpang tiupla budak kecik tu. Pastu makan2 sepotong dua. Dan bagilah juga pada staff2 di situ merasa kek.

OK, boleh tutup hari ni dengan gembira. Terima kasih semua, Much love.

Pagi tadi sempat siapkan baju blouse untuk pelanggan tetap, Mak mertuaku..

yang belakang biru tu baju laki.

10 ulasan:

  1. Happy birthday.
    Tak terlewatkan wish ni.

    BalasPadam
  2. tahniah for your bufday surprise from your beloved one.. :)
    comel bunga tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time dapat Bunga peony. Selalu dapat daisy.

      Padam
    2. nice! kalau dapat hydrangea kat aku... lagiii lompat bintang!!!!

      Padam
    3. Aku suka jugak hydrangea tapi tahu harganya lagi mahal. Hihi..angan2 dulj masa kawin nak buat hantaran bunga hydrangea palsu. Yang palsu pun mahal wehhh..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.