Khamis, 13 Julai 2017

Last Day Puasa 6 Syawal #1438H

Bukan susah nak ganti puasa. Nak mula je susah sikit. Sakit perut masa awal2 Syawal tu normal la. Dah puasa lama pastu makan tah hapa2 banyak2 pulak memang perut tu tak boleh nak hadam sangat. Perut pun nak puasa weh.

Tahun ni tinggal puasa 5 hari je. Alhamdulillah senang sebab dalam kiraaan puasa 6. Kenapa dikatakan berpuasa 6 seolah2 kita berpuasa selama setahun? Sebab 1 hari puasa Ramadhan sama dengan 10 hari puasa. Dah 300 hari kan. Tambah puasa 6 Syawal sama dengan 6×10=60. So lengkaplah 360 hari puasa. Tapi tahun ni Ramadhan 29 hari je. Itulah sedikit perkongsian ilmu dari laki. Kalau ada khilaf, betulkan. Ok.

Sambung potong 2 helai lagi baju untuk mertua. Dah habis jahit nanti baru baju kami pulak. Kami pun ada kain menunggu... aku pun sempat tetas blazer lama. So aku nak belajar jahit blazer ikut potongan blazer yang ditetas tu. Kot ada kesukaran aku amik yang basic je. Potongan lurus dan longgar. Sebab dah naik berat, button pun tak boleh put on. Haha. Nak buat leher bulat atau mandarin..hurmmmm

Buka puasa kat rumah minum air. Pastu keluar makan di Texas Chicken Seri Serdang. Tak ramai orang dan parking depan kedai. Terbaik. Refill air percuma tu yang syok makan dalam kedai ni.


Suka betul makan biskut roti manis ni

4 ulasan:

  1. dah nak raya posaaa 6 da hehe.. btol memula liat lepas tu okay ja kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah bila dah start makan balik kan pulak2 ada jemputan makan aje.

      Padam
  2. alhamdulillah dapt puasa 6, kita ni start pun belum hahaa

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.