15hb adalah hari bersejarah. Sebab paling banyak dapat undangan dan ziarah ke rumah kawan2. Hari ni ditunggu juga sejak seminggu yang lepas. Sebab nak atur mana tempat nak pergi dulu.
Mulakan ke Salak Tinggi dulu. Kenduri tahlil dan makan2. Rumah Arni kawan sejak matrik UKM dulu. Wah dah 18 tahun. Last time jumpa dia masa pregnant.
Jam 1 tengahari baru sampai. Makan2 tapi tak banyak. Simpan perut katanya. Borak2 pun tak dapat lama sebab Arni ramai tetamu nak diraikan. Tak jumpa kawan2 lain.
Kemudian menuju ke rumah Kak Pa. Dah alang2 dekat belum raya lagi pun. Tumpang solat terus dan rehat2. Aqlan dah jumpa Ayub tak peduli dah benda lain. Laki pulak terus tidur lepas solat. Mata dah tak boleh buka katanya. Aku pun hampir lelap tapi tak boleh.. kat rumah kak pa mesti dapat bawak balik kurma dan buah2 kering lain macam buah tin. Erm suka tau.
Kemudian ke rumah Kak Su di 16 Sierra, bekas rakan sekerja Stagno tahun 2004 dulu. Lama dah tak jumpa dia. Last jumpa masa belum kahwin pun. Hahaha. Turn out rumah dia bukan jauh mana pun dari rumah aku duduk sekarang. Dia pun banyak tetamu. Jadi aku pun borak2 dengan kawan Stagno lain yang aku kenal Rizal. Aqlan memang sampai2 dah tumpang tidur dalam bilik. Jadi ada chance nak berbual. Laki sporting dia dapat sofa dalam rumah, sejuk, settled.
Nak tunggu kawan lain tak muncul2 kami pun balik rumah dulu. Aku solat kat surau yang terletak di sebelah kedai2 arah keluar ke Seri Kembangan. Bersih. Jalan memang jammed gila jadi ada je alternatif lain. Masuk MEX ok.
Kat rumah mengantuk sangat tapi tak boleh tidur. Rehat2 je. Lepas Isyak kami ke Kajang pulak rumah kawan sekerja laki. Pun ada majlis tahlil dan makan2. Kami sampai jam 10 malam camtu. Haha. Tapi kata Zahir, takpe jalan jammed ramai je orang baru sampai. Sesat2 pun ada.
Kat sini aku mengaku aku melantak. Makan punya banyak. Satu hal lagi sebab dah membuang jadi boleh tambah baru. Hahahahaha. Pergh dapat makan rendang kambing... desserts makan macam lupa daratan.... dalam mengantuk tu boleh aku makan kek coklat macam2 jenis. Puas hati. Aqlan lepas makan nasi beriani hampir 3 senduk pergi masuk rumah dan main. Balik rumah siap tapau bubur pulut hitam. Nak tapau nasi macam risau esok2 tak makan juga. Nak tapau kek kat rumah kek ada lagi belum habis.
Penatnya hari ni tapi bahagia...
Sabtu, 15 Julai 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamLain kali aku datang..ingat juga bila kat bangi tu tapi dah letih sangat.
Padamkita akan berjumpa kawan2 lama bila ada majlis hari raya..time ni mesti teringat kisah2 lama kan...seronoknya berborak sampai lupa dunia..hehe
BalasPadamBetul. Tahun ni paling banyak jumpa kawan2 lama.m
Padam