Sabtu, 22 Julai 2017

Pergi Ikea Terus Sihat.. Hahahaha

Dah melepek nak dekat 2 minggu. Makan ubat selsema lagilah kerja ngantuk je. Doktor pun dah pesan. Hari ni hati gembira je bila nak ke Ikea. Hihi. Walaupun tekak masih sakit makan jelah lozenges.




Pagi2 laki dah hantar MyVi ke bengkel untuk baiki aircond. Selama ni nombor 4 pun dah macam nombor 1. Jadi...tahap kepanasan bila musim panas tu memang melekit2 la badan.

Kami 3 orang terus ke Ikea. Sebab laki ambik Uber dan ke sana terus. So dia dah sampai dulu. Jadi gambar2 Ikea yang takde orang tu dialah yang petik. Hihi.



Ada tempat main untuk kanak2 kat hujung nun. Beria Aqlan ajak masa kami tengah makan.

Sampai sana kami jumpa di Food Court MyTown bersarapan. Kemudian kami berdua (aku dan adik iparlah) ke Ikea terus. Eh harusla jalan2 tinjau tanpa anak.. jadi laki dan anak ke Molly Fantasy. Selaklah main kat situ 2 jam RM20. So kami ada 2 jam je..eh cukupkah ini?


Hamboi hamboi ada pulak gadis ayu pakaikan stokin kat anak.





So kami pun jalan dah pilih2 barang. Aku dah tentu nak dapatkan apa yang aku dah list down. Kikikiki.

Bila dah habis pilih barang baru terfikir eh muat ke kereta.. sebab bawak kereta macam muat2 je. So kenalah postpone barang tertentu. Nak beli dan tinggal ambik kejap lagi staff Ikea tak bagi kecuali yang guna servis penghantaran dia.

Barang setoeèt ni pun dah penut boot kereta

Haha amik gambar jelah dulu

Berat gila camner nak angkat 

So adik ipar pergi load barang aku lak kelam kabut jumpa laki yang dah nak ke tandas, ganti jaga Aqlan pulak.









Pastu nampak train nak ajak naiklah. Sempatlah juga kan hasrat mak ke anak ke makcik ke bapak yang nak naik ni? Hahaha. Kena RM5 seorang. Ingat budak je boleh naik. Bila kata semua boleh terus bayar RM20 la. Dapat koc belakang sekali. Hehe. Syok pusing satu round. MyTown ni besar tau. Jenuh juga kalau jalan kaki dari hujung ke hujung.


Kafe Ikea yang terletak luar dari Ikea. Senang nak minum kopi, makan aiskrim dan karipap kat sini.


Pastu pergi makan dan solat. Balik rumah jelah lepas hantar laki amik keta dah siap. Aqlan dan tido kepenatan so memang tak boleh buat apa dah...

Tapi.............

Ko jangan tak tahu kami berdua meracun sesama sendiri yang kami patut keluar balik lepas laki sampai rumah untuk settlekan hasrat tak tercapai...

Yihaaaa kami ke MyTown sekali lagi dan haruslah ke Ikea untuk kali kedua ya hari ni...this is kinda crazy.

Dah puas jalan dalam MyTown masuk je Ikea ikut pintu cashier bawah tu terus sebab nak ambik balik apa yang tak dapat beli tadi. Elokla kaki aku terus cramp. Hahaha. Ngok betul. Masa tu memang dah rasa sihat tapi tengok jari kaki dah melekat satu sama lain. So angkatlah kedua2 belah tangan ke atas untuk betulkan urat ya. Itu caranya. Haha macam lawak pun ada.

Ni masa malam dah pancit duduk diam2.

Patut balik jam 9 malam dah jadi 10.30 malam kot. Balik2 terus amik baju nak hantar dobi. Sambil tunggu makan kat kedai sebelah.


Full day ok. Pancit semua orang.

2 ulasan:

  1. demam propah hengkau ni. hahahhaha. i kan kalau masuk ikea, pusing2 pastu tak tau nak beli apa. hahahhaa. selalu balik tangan kosong... apa nak cari weii?? cerr ajar japppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kau bawak aku confirm kau habis tiga empat ratus..sebab aku pandai suggestkan barang..ko takkan terfikir tau...hahahaha

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.