Ni kali kedua mesin basuh buat hal. Pertama wayar kat dalam digigit cikti. Kali ni kemungkinan besar motherboard untuk butang2 automatik.
Dah menimbun baju semalam laki hantar cuci balik rumah dia kata tak larat la kumpul banyak2. Aku punya plan cuci kain 2 hari sekali kalau kat rumah. Tiba2 hari Ahad dah rosak. So makin menimbun la baju sejak Sabtu.
Bila dikira2 sekali pergi habis RM30-RM40. Kira kalau satu minggu..purata dah RM160 sebulan. Campur penat tunggu kat kedai..memang balik semua boleh lipat terus sebab terus dry clean. Tapi kalau lama2 banyak tu.
Jadi pekerja yang baiki mesin kata nak datang dulu cek boleh dibaiki lagi ke tidak mesin tu. Mesin dah 8 tahun. Jadi apa kau harap sangat kalau membasuh bukan main aktif. Haha..nak lipat tu bercinta sikitla..
Baju yang dah siap dicuci pun belum lipat lagi ni. Sebab asyik nak melepek je..ujian untuk aku. Memang lama benar kali ni. Tapi oklah takde vomit ke apa..tapi berat badan ada turun sikit. Haha..maybe sebab makan pun tak lalu.
Kadang2 yang menyebabkan amarah tu sebab Aqlan selalu nak peluk2. Aku dah la selsema. Aku rimas juga dia nak sentuh2 tangan..nak mengusap lengan la. Belum lagi setiap kali nak mandi masih menangis. Geramnya. Nak pakai baju pun memilih. Kalau dia tak kenan dan kita paksa pakai dia nangis jugak. Kau ingat aku kuasa nak cari baju dia dan pilih2 tunjuk kat dia satu persatu sampai dia berkenan? Memang taklahhhh...
Tarik nafas...tarik nafas. Anak aku seorang je tapi ujian dia Allah bagi nak tengok aku sabar ke tak..
Aku nak pergi Ikea. Help help... hehe..
Rabu, 19 Julai 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kat umah pun pakai rak ikea mcm ni..
BalasPadamDulu harga kurang RM10 tanak beli..sekarang teringat2 nak beli.
Padampeknen ehhhhhhh???? wahhhhh.!! tahniah2 kakak! haahaha
BalasPadamNehi nehi..
Padamada gak rak ni kat umah, letak barang dapur...
BalasPadamBanyak kegunaan kan.
Padam8 tahun berkhidmat...rasanya puas hati dah kot guna..hihi...kena standby duit nak beli baru je =)
BalasPadamKalau harga kos baiki boleh lagi takpe kalau dah macam beli mesin baru maka mesin barulah kita beli.
Padam