Sabtu, 1 Julai 2017

Ke Kenduri Kahwin Di Melaka

Kami dijemput ke kenduri kawin adik kepada kawan adik ipar. Walaupun tak kenal kami pergi juga sebab adik ipar cakap kalau kami tak pergi dia pun tak akan pergi. So dah alang2 nak pergi baik tidur semalam...rancang kami.

Seminggu sebelum raya kami cari2 hotel. Last2 laki pilih Mahkota Hotel. Tak pernah pergi. Katanya hotel lama. Takpelah kita pergi makan dulu di Dewan Citra.

Masuk2 makan cendol then nasi minyak. Sedap semuanya. Nampak pula tapai...4 bungkus makan. Amboiii..yang 2 orang lagi tu tak makan. Aku macam on behalf pulak. Dah habis makan pergi photoshoot pulak kat tepi tu. Haha rasa nak gelak sebab tak kenal pengantin tapi pergi bergambar.

Tanak makan banyak2 katanya ada 30 tempat makan menarik nak pergi...hahaha tamak la tuuuu...

Tapai Pulut Sarimah ni ialah tapai yang aku order untuk jamuan lepas aku akad nikah dulu..phewww berapa sen dah sekarang agaknya. Dulu tahun 2012 tu 60 sen.


Dah keluar dari dewan, kami berhenti tepi jalan sebab nak ootd. Sambil tu laki google Klebang Coconut Shake. Wah takde kereta la Melaka today. So apa lagi ootd tengah jalanraya. Kalau tak jangan harapla...gila ada yang kena steamroll dengan kenderaan nanti.

Jadi meh nak belanja gambar ootd dulu..hehe..


Kat Klebang tengok line bungkus panjang. Kemudian kami masuk parking. Beratur nak makan sini pun sama panjang. Baik aku cari meja kosonglah..


Dah malam kami ke Food Truck Park pulak. Kata adik ipar nak bergambar je...sudahnyaaaaa....


Nantilah aku cover tempat2 makan menarik di Melaka. Apa kes asyik seafood je. Padahal Melaka banyak sangat tempat makan best. Dari ko beratur berjam nak dapatkan makanan laut tu dah boleh guna masa tu untuk explore 2-3 tempat makan lain. Try la kedai2 kecil...

2 ulasan:

  1. beraya sakan..haha
    amboi ber OOTD di bawah pokok bambu, kena hon terus gelak kahkah2

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.