Isnin, 10 Julai 2017

Sakit Sebagai Mehnah Dari Allah

Sabtu lepas hampir2 aje tak nak ke mana2 jemputan sebab dah rasa semacam. Tapi teruskan juga. Sebab kalau tak pergi nantu menyesal pulak.

Ahad tu akhirnya pergi jumpa doktor la. Nak mandikan anak pun tak larat. Budak tu pandai. Kita mandikan dia dulu dia jerit abah. Abah dia mandikan pulak dia jerit ibu. Sebenarnya tanak mandi kan. Kena pujuk good boy baru nak mandi. Tu pun nangis macam kena dera. Sabar jelah.

Hari Isnin helper datang pagi2 buta. Memang dia ni akan sampai tepat2 jam 7 pagi. So aku yang masih perlu rehat kena juga tengok2 apa dia buat. Tapi dah 3x datang. Semua dia dah tahu. Laju je buat. Aku pun duduk menjahit jelah. Sambung mana tak habis2. Haha. Makan buah buahan mertua bagi. Pastu tak habis. Ingat nak buat inti pie je. Mana resipi nak cari..


Malam kami makan di Thai Best tu lagi. Cuma kali ni semua makanan lewat sampai sikit. Paling lambat sayur. Nasi dan lauk dah nak habis baru tiba. Tu pun hampir 3x diingatkan. Takpelah. Laki yang puasa. Kita ikut je apa dia order.




Esok kita puasalah balik. Cam dah elok jeee...alhamdulillah.

2 ulasan:

  1. CT pun bru je jumpa doctor.. dua hari demam x kebah. ni baru okay sket da makan ubat..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.