Ahad, 2 Julai 2017

,

Tempat Makan Menarik Mesti Cuba Di Melaka

Tempat menarik berdasarkan pengalaman baru2 ni ke Melaka. Takde la list panjang berjela. Nak makan pun kena kira mood anak juga. Dia jadi tension jap. Baru naik keta, turun. Naik lagi kejap baru nak rest, turun lagi. Sampai satu tahap dia tanak turun jadi kami kena paksa dukung dia bawak keluar.

1. Kampung Kueh -


di sini ada dijual bermacam2 jenis kuih. Lambat datang macam kami, belum jam satu pun kuih dah habis. Digalakkan bawa bekas sendiri kalau nak tapau ek. Kami dapat makan nasi lemak, nasi ayam, nasi dan asam pedaa ikan jenahak, coq udang dan beli kepek kacang dal dengan ikan bilis. Marvellous, tang asam pedas tulah weii..

2. Big Bowl Ice -

Pencinta aiskrim wajib datang sini. Lagilah cuaca tengah panas terik memang terbaik. Kedai dari luar nampak biasa je cam takde orang. Masul dalam baru kau tahu. Kami makan aiskrim durian, karamel campur kacang dan chocolate flakes, dan mango campur laici. Amik ko dari tanak makan banyak dah 3 mangkuk. Paling mahal durian la RM15.90. Yang dua lagi tu beli masa mula2 masuk kena RM21. Dah nak balik nampak ada durian pulak..tambah lagi..hahaha. Area Jonker Walk.

3. Melaka Food Truck Park -


sini malam je tau. Masa datang jam 9 malam gitew jadi tak ramai orang. Syokla terhegeh2  ambik gambar dan pilih2 kedai mana nak p makan. Aku pilih char koay teow udang + kerang RM7.40. Pastu diorang makan char koay teow kering, ayam serbuk lada macam Shihlin tu. Untuk Aqlan takde serbuk lada. Air tembikai laici pun baru RM4. Dahla gelas tinggi. Perghh murah...

4. Sup Lembu Tangkak -


masa ni kami makan satu mangkuk share 3 orang. Bukan apa, kami baru makan. Tapi kami nak test jugak. Sup dia memang rasa air rebusan daging yang dah lama direneh. Sedap wei...

5. Klebang Coconut Shake  -


ni tah percubaan kali ke berapa baru dapat sampai. Nak bungkus panjang, baik makan dan minum je. Sama je panjang beratur. Penuh gila orang macam kat kedai seafood la..bagi aku biasa2 je. Hahaha..tapi tentulah lebih sedap dari tepi pantai Klebang tu lagi mengarut. Cair je. Ni kat sini memang nampak parutan kelapa muda tu. Sambil sedut sambil kunyah2 parutan kelapa muda.

6. Cucur Udang Baha, Alor Gajah  -

terletak di kawasan pasar Alor Gajah, pastikan korang makan coq udang ni baru keluar dari Melaka. Sebab lepas tu boleh cari plaza tol dan balik ke pangkal jalan. Hahahaha.

8 ulasan:

  1. salam anis.. ahad lepas aku ada leave comment ajak mai umah..sbb si suzi jepunmari2 tu mai skali..leh kita detim2 bertiga. pastu i gagah taruk hphone no. tapi bila chck balik..tah mana tah comment tu?? kena delete ke tak lekat? hahahhahhaha...

    BalasPadam
  2. cuq udang alor gajah tu kampung i tuuuu.. huuhuh

    BalasPadam
  3. hihii..ABC kacang tabur tu buat i telan ayo liur..sedap angattttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tu karamel, memang sedap kacang dia rangup dan masin just nice

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.