Pagi ni masak pisang goreng abu untuk depa ni. Ada option lain boleh la masak cucur bawang+ikan bilis. Tapi baik kasi pisang ni dulu. Kang dah lembik tak sedap. Kakak aku cakap lembik buat cekodok la. Pastu buat air kopi. Pandailah diorang nak adjust letak gula or susu. Aku rendamkan kopi 434 dalam air panas je. Hehe.
Pastu sambung makan kuih raya. Sayangnya kuih tart kami dah naik kulat. Kena buang. Baru makan suku balang. Sedih.
Lepas tu dah nak balik, tiba2 sebut pasal nasi bawang semalam ada lebih, kak ted cakap ahh che nan suka makan nasi..dia ingat dah habis. Aku kata eh ada kalau nak aku panaskan. So sambung pulak abang ipar aku makan nasi bawang semalam.
Macam biasa sesi bergambar sebelum balik sebelum diorang beraya ke rumah kak pa dan mak pulak.
Aku pulak lepas zuhur kena jumpa doktor amik result darah. Dapat nombor awal tapi jumpa lewat juga..tapi orang tak ramai. Nak tunggu amik ubat tu yang lama. Sebelum jumpa doktor kena amik BP dulu dan timbang kati. Amikkk 140 tu. Dah kaler merah. Penat ke diorang tanya. Aku selamba jawab orang datang ziarah raya baru balik je. Hehe. Kemudian katanya berat pun naik. Hahaha aku dah lama tak timbang sebab aku dah agak mesti naik. Aku makan berselera kot bulan puasa. Masak tu macam2 kot resipi aku cuba. 74.6kg. Eh eh rasa nak balik timbang kati kat rumah pulak. Betul ke mesin timbang klinik ni. Ahahahahaha. Dah jumpa doktor dia bagitahu result. Apa ni dah naik 7.5 balik. Yang jahat dah 5.1. Habis semua merah. Dos pun naik sekali ganda. Ni aku tak makan ubat 2 bulan. Aku cam malas, lupa..banyak malas la.
Balik rumah siap pergi bank dulu tanya pasal akaun mak. Nampaknya kena bawak mak... untuk settlekan akaun mak tak aktif tu. Duit ada takleh amik. Sian mak aku. Tapi nak pujuk mak ikut pergi bank tu aku kena fikir. Aku amik borang siap2 untuk aktifkan balik.
Sampai rumah aku tidur...ya ampun penat....jam 7.08 malam baru bangun belum solat asar. Laki aku pulak ingat aku dah solat..kelam kabutlah...
Lepas isyak baru buat cucur bawang+ikan bilis sampai 3 cawan. Makan sampai kenyang2 ya. Esok nak puasa ganti dah. Nak bangun minum air je.
Selasa, 4 Julai 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
mcm mcm aktiviti tu.
BalasPadamtp bc menu rasa tertelan ayaq liuq
sian pulak dengar
Padamawat tu kuih tat sampai berkulat.. sayangnya la . simpan bekas lembab kot ! .
BalasPadamBuat cucoq lepas raya ni memang sedap la.. naik muak dah makan lemang ketupat :)
tatau la, maybe masa depa buh dalam bekas masih belum cukup sejuk. makan cucoq memang sedapppp
Padamnasi bawang mcm tempting..nnt masak lain naa.. i datang dgn suzi jepun2..hehehe. sudi tak terima kehadiran kami?? heheheh
BalasPadamhaha tak pernah makan nasi bawang ek? nak mai boleh nanti kita arrange masa, sabtu ni tak boleh dah ada appointment lain.
PadamDulu pompuan tak boleh jumpa cermin.
BalasPadamSekarang pompuan tak boleh jumpa penimbang.
perkataan untuk perempuan tu ialah PANTANG. hehe
PadamNasi bawang..baru tahu. Boleh share resepi Anis..
BalasPadamrujuk sini ye kak yon, hehe..
Padamhttps://abeginningoflife.blogspot.my/2016/01/resipi-nasi-bawang.html