So ada satu baju ni aku baru beli pakai sekali kepanasan kalau dengan inner. Jadi aku nak buat tangan dia je. Extend sebab lengan pendek. Laki pulak suka baju ni. UNIQLO memang cantik potongan tapi bila tang nak cari saiz sesuai dengan body aku memang susah. Hahaha. Ada beberapa helai brand ni aku beli peram tak pakai sangat. Sabar jelah sila kuruskan peha tu dan perut juga ya. Tapi yang ni lawa... aku nak pakai tanak peram. Semalam pakai laki suka sangat. Ok kita teruskan perasaan suka dia tu kat baju kita lama2 sikit. Baju ni hijau sepenuhnya. Yang bercahaya merah kat bahagian ketiak tu akibat cahaya pagi. Gitew.
Baju ni beli kat Brand Outlet. Maybe dah 8 tahun. Tak muat nak button kat bahagian perut je..hahahaha.. |
Inilah aku dah cuba masukkan lengan dan macam elok pulak. |
Dalam kepala otak ni macam2 idea. Tak buat nanti beku idea rugi. Baik aku go for it je walaupun bersusun kain dah siap potong atas meja nak kena jahit. Wawawawa...
nanti tunjuk la hasilnya..gan tutorial sekli tau
BalasPadamKalau ada kamera la...hahahaha.
PadamYA Allah anis..kalau aku pandai jahit mcm hang...melambak la baju lama aku alter kasi cantik balik. alter tang situ, alter tang sana. Mmg semua pun lawa2 lagi. ada yg tak pernah pakai pun ye... sbb i sejenis tak suka baju labuh...nanti nampak mcm merayap..meruyup! kena baju labuh sampai peha..baru nampak elok sikit. so bykk sgt baju kena alter.. baju 'american' size mcm i plak bukan murah2 anak.. sayangg ...gggrrr
BalasPadamKan..nak bagi orang macam tanak.. nak alter kat kedai mahal..belajar jelah perlahan2 asal boleh.
Padambaju brand outlet tu macam penah tengok jew :D
BalasPadamKannn....zaman2 berjimba muda mudi dulu..hahahaha
PadamAnis ada dua pilihan. Samada uruskan saiz baju atau uruskan saiz tuan punya baju. Maaf zahir batin.
BalasPadamAdam, uruskan badan ni payah sikit. Syok lagi potong2 kain.
PadamCantikla bila dah kena alter tu
BalasPadamHarapnya menjadilah..
Padam