Balik dari makan2 di Melaka dan of coz belum hilang penat makan dan jalan2 dapat mesej dari kakak nak datang rumah beraya dan tumpang tidur. Okay kalau dah tumpang tidur, kena fikir panjang sikit senarai nak masak apa.
Laki bagi cadangan buat nasi tomato. Terus aku pintas takkan nak masak lagi...baru masak last Thursday. So aku nak masak nasi bawang. Dan dia bagi cadangan makan dengan Kari Ayam Nyonya. Serta buat jelatah. Oklah..nak masak jeli juga kalau sempat.
Tapi aku punya kepenatan tu langsung aku tak buat apa2 sehingga laki balik dari pasar bawak balik barang basah. At least aku boleh je potong2 bawang kopek kentang ke kan. Aku cuma takde daya. Aku nak rehat je dan tidur kejap. Anak pulak tiba2 beringus. Sekali bersin amik kooooo...terus mesej laki kata anak tak sihat.
Jadi lepas dia balik tu dibawa pulak anak ke klinik. Aku tak dapat temanlah sebab nak masak. Dah jam berapa pun. Settlekan nasi je dah masuk maghrib. So lauk masak lepas solat. Kali ni guna pressure cooker sebab nak kasi ayam lembut cepat.
Jam dalam 8.40 kakak dah sampai dengan suami dan anakya 2 orang. Masa tu kami baru nak buka penutup pressure cooker. Dan bukan boleh pakai buka macam tu je, kena release penutup yang menari2 tu. Kalau tak memasal je nanti.
Kemudian kami pun makanlah. Kata diorang dah lama tak makan berat waktu malam. Hahaha datang rumah aku kena masak nasi. Tapi dessert takde malam ni tak dan masak jeli. So makan kuih raya la.
Lepas habis makan tu siapkan bilik pulak untuk diorang tidur. Aqlan pun dah nak tidur mood takdak sebab tak sihat. Anak2 buah nak layan astro layankan aje. Ada jugalah kena turun sebab diorang nak tengok on demand.
Esok jelah sambung borak. Ngantuk weiii..
Isnin, 3 Julai 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tetamu mesti dilayan
BalasPadambetul, mesti diraikan biar diorang syok nak datang lagi. hehe
Padam