Selasa, 15 Februari 2011

Salam Maulidul Rasul

Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan pada 12 Rabiul Tahun pada tahun gajah. bersamaan dengan 20 April. kelahiran Nabi memadamkan api yang disembah oleh penduduk Majusi selama 1000 tahun. pelbagai kejadian luarbiasa yang lain berlaku ketika baginda dilahirkan.

ini bukan blog berunsurkan agama. namun kerinduan melakukan tahlil dan berzanji ketika zaman persekolahan amat terasa. hampir setiap tahun buat. lama2 bila tinggal seorang dan tiada geng nak baca berzanji, aku pun tak buat dah.

orang yang paling kedekut di dunia ialah orang yang tidak berselawat ke atas Nabi apabila nama baginda disebut.

adakah kita orang yang kedekut itu?

cintanya Nabi kepad umatnya ketika akhir hayat beliau sewaktu nazak, sewaktu Izrail datang mengambil nyawa dengan cucuran air mata dan dilakukan dengan paling lembut sekali, Nabi masih terasa seperti tetakan 300 mata pedang. maka Nabi minta kepada Allah Taala untuk memindahkan semua sakit mati umatnya kepada baginda. namun permintaan Nabi ditolak.

namun, umat Nabi zaman kini lagi jahiliyah dari zaman beliau. dan membunuh diri perkara biasa apatah lagi membunuh dan menanam anak2 sesuka hati. sedangkan Umar sahabat Nabi begitu kesal dengan perbuatan beliau menanam anak kandungnya sendiri ketika masih kafir dan jahiliyah atas perasaan malu kerana memiliki anak perempuan pada zamn itu.

ambillah sebanyak2nya iktibar dari sejarah Nabi dan sahabat2 baginda, jangan mudah didakyah dari segi fikiran yang didalangi oleh musuh2 Nabi.

"aku tinggalkan 2 perkara yang mana jika kamu berpegang teguh padanya, kamu tidak akan sesat selama2nya iaitu Al-Quran dan Sunnah"

ini ialah entry untuk mengingatkan diri aku sendiri yang sentiasa lalai.

2 ulasan:

  1. sy mengingatkan diri sendiri yg sentiase lalai dgn menyertai perarakan Maulidur Rasul di Putrajaya gegegege

    BalasPadam
  2. nganganganga...masa ikut berarak kira insafla ye? lepastu?

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.