Isnin, 14 Februari 2011

Hot & Happy Day

pagi2 pergi kerja dengan senyuman. dress kuning pendek dengan blazer + seluar panjang hitam & tudung kuning berbelang serkup macam kuih lapis. hahah.. yakin memandu menuju ofis tanpa halangan trafik light. hijau is JALAN.

parking & buat nescafe gold macam biasa. perut tak meragam dan selepas minum sesisip dua teringat buku payment received tertinggal kat rumah. hahahaha..sila balik ambil..pergi balik dalam 30 minit jugak. baru nak duduk tulis sikit date untuk release cheques, dapat panggilan. sediakan form2 tertentu untuk dihantar ke Telekom. MIS dept yang nak. janji 1030am. selepas dispatch keluar.

masuk bilik bos nak ambil cash, panggilan dari bank. diminta dari client tentang penjelasan cek yang memungkinkan akaun dia overdrawn. fine. i will check with our bank pulak. kesnya? cek dah return tapi dijelaskan bank balik tanpa bagitahu kami. dan client melalak2 nak duit dia balik sebab akaunnya akan di close...Iranian.

setelah pot pet dengan bank, aku kesana untuk ambil apa yang patut. dan this iranian mintak kami bagi dia wang dia yang dia telah bagi kami sebab akaun dia overdrawn. bocor rahsia. lebih 3x overdrwan, akaun bukan warganegara akan close. "oooo i gonna get heart attack" he said.
end of story sebab aku malas nak cerita..bos aku settlekan semua. entah apa yang diorang bincangkan. aku tak rasa bersalah, tapi aku belajar sesuatu.banyak kesalahan akan menjadikan banyak pengalaman. nagus kan kata2 aku. 

in the middle of that case, kena pulak buat kerja2 personal bos. arghhhhh aku mengamuk dan adalah yang kena marah je dengan aku...ha....kemudian bila dah sedar tu, aku pergi meminta maaf. sebab aku memang kalau marah aku luahkan. tak dapat nak simpan la..nanti aku dapat heart attack pulak simpan2..

by 1pm, everything ingat dah ok. after lunch ada lagi personal bos kena buatkan. kadang2 rasa bos ni salah guna kuasa...tapi....aku cuma mentimun...

balik dari solat zuhur, dikejutkan berita kawan yang dengarnya putus cinta dulu dah nak kawin march ni. ok, dekat Melaka. tapi tak bagi aku kad..jadi aku boleh buat2 taknak pergi. hahahaha...kad dia cantik sangat kaler kuning OK!

dan tentulah zcat ada sms dari singapore (demi untuk tengok konsert iron maiden) tanya khabar ketika jam dah 5pm ...ok fridge magnet ye...sila jangan buat2 lupa...even masa mak pergi singapore dulu aku dah dapat....lain orang kan..lainla perasaan...

sedar2 je dah jam 630pm.aku pun buat OT la sebab nak siapkan kerja2 yang tertangguh. on behalf kawan aku yang bercuti panjang tu ok. kerja aku pun tak siap2...audit schedule 1 pun tak siap. bagusla.....lalalalalala...cuti kena postpone. jadi aku nak celarkan cuti 4 hari tahun lepas pada bulan 4 ni. entah bos approve tak...mari pergi sarawak kata mak..aisehhhhhhhh...

730pm aku pun balikla..dan stuck depan simpang sebelum LRT ampang. nasib ada 2 budak lelaki hensem kata kereta aku boleh mencilok masuk kiri sebab diorang pun nak guna jalan tu. ceh diorang dahla menongkah arus..nasib kau hensem. tapi aku tak berani..gile dekat kereta kiri kanan aku..yang kiri parking, yang kanan tunggu trafik light. jalan memang clear lepas jam 730pm ye...tapi tengok jem gak tadi di jalan keluar dari ampang point.

sampai rumah, mak dah msak semua. ada lauk2 kegemaran....weeeeeeeeee syokkkk...

esok cuti maulidur rasul. mari jalan2...yeay!

4 ulasan:

  1. Very interesting, well-organized blog to which I want to return.
    Best wishes

    BalasPadam
  2. heheh...penuh jadual keje sehari.tambah ot lg.mmg penatttt kan...

    BalasPadam
  3. ratu siput; apa boleh buat...kerja makan gaji..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.