Tuesday, February 15, 2011

Jalal & Ruby Wedding Reception

sabtu lepas teman mak pergi tengok anak jiran kawin di taman Melawati. sesat sikit.sebab kali pertama dulu pergi masa tengok kawan baik mak meninggal dunia. perkahwinan diadakan dirumah kakak pengantin. aku pun tak tahu kenapa tak buat kat kampung. senang kawan2 nak datang kot. tapi ramai je mak jumpa kawan2 sekampung dia. eh kampung hape...jiran seFELDA.

aku kalau makcik2 ni nak berborak aku tak pandai sangat nak join. maklumla aku 30s bukan 70s. hehehe..jadi aku terseremapak dengan zahari. anak jiran yang dah lama meninggal dunia. jadi keluarla cerita masa kecil2 dulu. main2 atas pokok jambu rumah dia..makan2...main nyorok2..hahahah.. zahari ni dah jadi make-up artis. aku masa nampak seseorang parking dekat bawah pokok dengan kereta caldina dia..huiiiiiiiii   ada rasa jeles sikit...sapela nyah nii kan...rupanya kawan sejiran..hahaha..zahari ni lembut sikit orangnya. tapi takdelah jadi pondan ke.

dah bertukar2 cerita tak bertukar2 no telefon bagusla sangat kan..no telefon kakak aku, dia mintak pulak. tapi aku dengan dia bukan rapat pun. masa kecil aku ni macam lelaki....tapi kakak aku lagi tomboy. pergi sekolah tadika pun dia pakai seragam lelaki. pergh gila. aku tergelak tengok gambar..aku ada gak feminin. keje pakai skirt dengan seluar katok je ha...hahahaha..

ok si Jalal ni pun bukan kawan sepermainan aku. dia sebaya kakak aku. aku ni geng dengan kawan sebaya atau lebih muda je..yang berusia susah sikit. 

 warna baby blue cantik pulak...
 saja main2 dalam kereta
 
  ok kucing ni rilek je aku ambik gambar dia kat umah kak chek Ah
anak2 kucing..ewwwwwwww macam tikus..ehh mak menti!!!
Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.